Monday, February 28, 2011

Nie sesuai utk bacaan umum.. hehe terutamanya aku nie...

Info - Cara Betul Teknik Menyusu Bayi
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah.
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu.
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi.
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payudara anda. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi.
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara Yang Perlu Dielak
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu.
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu.
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...