Saturday, June 30, 2012

My BFF

Assalamualaikum ..


Wahh rajin aku semenjak dua nie.. hari2 sempat update entry. Dah pertengahan sem, so keja dah makin kurang.. Even ada pun still under control Alhamdulillah..


Back to my entry title "BFF" .. Actually zaman skol mmg ada BFF but since kawen habis segalanya .. ekeke


Aku bukan jenis cepat lupakan kawan but bila bersharing bantal n towel ni aku lebih selesa dengan DIA.Tapi siapakan yg aku maksudkan as DIA tersebut... saboooo baca dulu yg bawah nie...........








My best buddy.. and dia jgak teman aku gadoooo .. kekkeek i like!!..




Dan dari perbuakan antara rakan2 pejabat pun masing2 luahkan pendapat yg sama about "kawan" OR "sahabat" . Which is ada perbezaan maksud bg 2 perkataan tersebut..Tapi bagi aku Mr Papa is my friends or my SAHABAT ..


hehehheh itu mungkin aku. But uoals semua cam ne?? ..




Inilah chenta kesayangan aku or else Best Frens Forever !! ~~

Tahniah ..

Assalamualaikum

Tahniah buat pengantin baru iaitu pelakon & pengacara Irma.

Cantik sesangat berlitup sebegini as PENGANTIN MUSLIMAH.

Cantik dan segak bergaya kedua pengantin lelaki & wanita.

Tahniah sekali lagi Moga Ikatan ini kekal ke anak-cucu 

aminnnn.......


So sweet kan ..


Cer baca gambar atas nie... simple & penuh makna rite ..

Love my man so much .....

Friday, June 29, 2012

Love this !!! ..............

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Thursday, June 28, 2012

~ Cycle of LIFE ~


Betul tak ? ... But this is what we called Cycle of LIFE .. 

Kadang-kadang di atas dan sekejap dibawah !! .. Itu yg tertulis dalam perjalanan hidup kita as MANUSIA.

Tersurat & Tersirat  maksud gambar ini.. Tiadanya kehidupan diatas or bawah bermaksud KEMATIAN (seram sejuk bila nak tulis perkataan nie..).

#panduan untuk aku..

Wednesday, June 27, 2012

Buat PARENTS semua ..

Panduan berGuna buat diri sendiri..Patut diamalkan selalu dan seboleh-bolehnya setiap malam...

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..

Sumber daripada : "mukabuku" Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung 

Tuesday, June 26, 2012

EMO !! ......


By OPIK - Denganmu Ku Hidup


Sebak mendengar lagu nie... huhuh :(

Last few days aku wat entry bout anak menakan pupu meninggal which is my age. Tua Muda pasti diJemput Oleh Allah bila cukup HUKUM-nya ..

Sempat aku kerumah melawat keluarga arwah.. Closed family and not fair kalau langsung x jenguk!!..

Alhamdulillah sempat jumpa suami n anak-anak yg masih seseoalah trauma.Sedih melihat yg bongsu baru 6mths++ dalam buai. mata sembab nangis malam mencari susu ibunya.. Ya Allah Dugaan buat si suami yg sekarang bergelar IBU jua..

Si kecik yg masih belum mengerti terpaksa minum formula milk by sudu sebab tak biasa langsung ngan puting2 tiruan!!... Kebetulan time aku sampai ada 2-3 biji kereta Jabatan Kesihatan Alor Setar + Baling sdiri. Kes berat sehingga adanya kematian barulah tmbul nak berSembur sana sini, Check-up kebersihan kampung.. Ginilah manusia dah seseolah jadi.. Disalahkan plak family sebab x suh arwah duk spital.. adeeeii apa guna menghukum keluarga yg masih berKabung+Bersedih dengan kehilangan x dijangka plak anak-anak masih kecil. Panggilan Ilahi tiada waktu +masa yg boleh kita tetapkan.. MATI ITU PASTI..

Meleleh air mata tgk si kecik semalam masih dahagakan susu dengan main2 lidah sambil dalam buai isap towel...bayangkan lah!!! ... huuhhuuh x sangka air mata meleleh since semalam sehingga saat aku tulis entry ini..

Tak terdaya untk teruskan penulisan ini. Hanya mampu aku hadiahkan buat arwah surah-surah Yassin dengan pemergian bertemu dengan pencipta-Nya..

Semoga arwah tenang di-Sana | Al-Fatihah .......

 

Untuk panduan diri sendiri ..

Assalamualaikum ........

Bakal menghampiri Ramadhan.. Terasa cepat masa berlalu.. Aku masih merangkak dengan ilmu-ilmu Akhirat. Jazakallah kerana masih berpeluang dibumi pnjaman ini.

Aku sdiri rindukan alunan merdu nyanyian Al-Quran. Teringin nak masuk kelas mengaji jika berkesempatan. Ya Allah jahilnya hambamu ini..


Inilah yang dikatakan SOLAT itu TIANG Agama.. Solat itu WAJIB. Buat rakan-rakan sekalian aku cilok ini gambar from facebook UDD -> Ustaz Don Daniyal. Ilmu untuk kita bersama-sama..

Sedangkan aku sdiri masih MERANGKAK ... moga mana yg prlu diperbetulkan sila luangkan masa untuk menegur jika aku tersalah tulis. Aku alu-alukan luahan sahabat-sahabat sekalian.

Salam buat semua ~

Simple & Friendly

Assalamualaikum ..

Salam petang jumaat kawan-kawan sekalian.Dah lunch ke? 

Sekarang zaman teknologi dimana segala-galanya dihujung jari sahaja.. kekek

Tapi aku almaklumlah handset cumilss + sedang2 besarnya .. So agak susah kadang-kadang nak taip msg.. Selalunya ada ja typing error.. kekekek

But mr hubby ada ajar aku guna satu application nie which is very easy to use. And also friendly coz kebetulan both of us mmg guna Galaxy Samsung..

So skarang just connect terus ke PC using WIFI ofis or rumah pun bly jgak.. kekeke


Inilah frame akan keluar kat pc korang.. which is bila dah success la. tapi kalau nak taw details how to use as below step k :

  • Connect both mobile devices (A and B) to the same Access Point (Wi-Fi router).
  • Launch Kies Air and press "Start" button on your mobile device (mobile A).
    Launch Kies Air and Shake the mobile B twice. 
  • This will start a scan for mobile A. 
  •  Allow the access request on the original mobile device (mobile A)
    * In the case of Kies air not installed on another device (mobile B): Access with typing URL displayed by Kies air (on mobile A) in the browser on another mobile device (mobile B).
  • * In the case of "Motion" feature not supported on another device (mobile B): Access with "Scan" button on the menu.

OR terus ke website : KIES AIR

Actually aku mlas nak translate.. So kalau failed don't malu-malu PM me okay. i'Allah akn cuba membantu.

Ala senang ja pungg .. confirm korang lagik terror dari aku...

Btw Good Luck dan majulah SamsunG ..............................

Monday, June 25, 2012

Copy from MUKABUKU again ..


Pernah tak terfikir perbezaan antara DULU vs SEKARANG 

Ini adalah antaranya .. This is selalu kalau perasan ada saja diruangan akhbar mahupun Buletin Utama.. keke

Tapi aku amik this is pengajaran jua utk aku ye lahh .. anak2 akan ke sekolah jua.

Wassalam.

Message Dari Yang Maha Esa

Assalamualaikum ...

Semenjak-menjak nie kecoh dalam newspaper termasuk buletin berkaitan dengan JEREBU ..

Aku sdiri bley tgk situasi yg agak suram. Cuaca tak berapa sesuai utk kita bersantai di luar. Risaukan suami & anak-anak actually.. 


2 gambar yg sama TETAPI salah satu aku edit thru mobiles via INSTAGRAM ..  kekk

But still nampak Madam Besar "MATAHARI" berselindung. Seseolah sedang menangis melindungi dirinya yg SUNNY gitew ..

Mungkinkah ini pesanan dari Yang Maha Esa .. Tanda-tanda kita dipenghujung zaman ..

Sunday, June 24, 2012

Al-Fatihah





Al-Fatihah .. DariNya kita datang dan kepadanya jua kita kembali..


Emo seharian coz mendapat panggilan daripada mak & sista which is my anak menakan pupu meninggal dunia. Innalillah hiwainna'hiraji'unn ..


She's my age actually. Meninggalkan suami bersama 3 anak dan yg masih kecik about 6mths dan masih susu badan.. Ya Allah dugaan buat si abah coz lepas ni terpaksa mengambil alih tanggungjawab as IBU.





Kenali dirimu agar kamu mengenal Tuhanmu. Jangan lupa Tuhanmu agar kamu tidak lupa akan dirimu.


“Dan janganlah kamu spt orang-2 yg lupa akan ALLAH, lalu ALLAH menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-2 yg fasik (Al-Hasyr: 19)”



Rasulullah bersabda, ”Orang yg berzikir kpd ALLAH ditengah orang–2 yg lalai adalah seperti pohon hijau ditengah pohon-2 yg kering. Orang yg berzikir kpd ALLAH ditengah orang-2 yg lalai adalah seperti orang yg berjuang di tengah orang-2 yg lari dari medan perang.”

Menurut Syeikh Ibnu Athoillah,'Barangsiapa mengenal ALLAH Yang Haq, pastilah dia dpt melihatNYA dlm setiap sesuatu. Dan barangsiapa yg fana dgn ALLAH,maka samarlah dia dari segala sesuatu. Dan barangsiapa cinta pd ALLAH maka dia tidak akan mengutamakn sesuatu ke atasnya.

Beruntunglah orang2 yg mengenal (makrifat) pada ALLAH swt. Dia tahu ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya. Jadi dlm segala yg dilihat,didengar dan dirasa akan sentiasa ingatannya pd ALLAH. Kefanaannya pd ALLAH menyebabkan segala sesuatu yg berada di hadapannya kosong. Dan kecintaannya pd ALLAH swt. menyebabkan dia tidak akan mengutamakan nafsu apatah lagi pandangan makhluk selain utk ALLAH swt. semata.

Marilah kita sama2 belajar mengenal ALLAH swt. agar bertambah rasa cinta padaNYA.Semoga ALLAH memelihara hati kita utk sentiasa ikhlas dlm segala perbuatan demi redha ALLAH semata2. ~Wallahu'alam bissawab~



Sedih + terkejut.. Jodoh dan Maut ditangan Allah..But Redha dengan pemergian arwah Niza. Moga ditempatkan dikalangan yg BerIman.. 


Al-Fatihah dan Surah Yassin aku sedekahkan buat arwah moga tenang diSana.



PERINGATAN !!!


Betul tak apa yang tertulis .... 

Aku terutamanya selalu sangat melewatkan solat. Dipejabat dah sah2 sebab jadual untuk lunch time ada rotation so...terpaksa tunggu shift lain dulu masuk.. x kan nak tinggalkan sorang bertugas di kaunter hadapan but tgk time jugak la.. Dah terpaksa  ..... wat to do.. SOLAT ITU TIANG AGAMA!!..

Saturday, June 23, 2012

LoVe Story ~ KISAH UMMU DARDA'

Petikan daripada blog Kisah CINTA UMMU DARDA'
 
Ummu Darda', nama asalnya ialah Hujaimah al-Himyariah. Beliau ialah isteri Abu Darda', seorang sahabat rasulullah saw yang hidup di Syam. Ummu Darda' dan Abu Darda' adalah pasangan bahagia.

Suatu hari, Ummu Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya ALLAH, sesungguhnya Abu Darda' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepadaMU untuk menjadi suamiku di syurga."

Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu Darda' wafat, Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. Namun, isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Kisah Ummu al-Darda' mengingatkan kita bahawa cinta yang terjalin kerana ALLAH dan mengharapkan redha Ilahi tidak akan berakhir dengan kematian. Akan tetapi, akan terus menyala dan hidup kekal di dalam syurga abadi.

sumber asal : Majalah Solusi isu 24 - karya Umar M Noor.

SUBHANALLAH...
BEGITU ROMANTIKNYA CINTA MEREKA 

Friday, June 22, 2012

APPROVED

Assalamualaikum dan panjat keSyukuran ke hadrat Ilahi ..

Bersyukur kepada-Nya coz cuti aku dah approved utk 2 hari nx week. tQ Prof !!


Tidak kemana-mana pun actually .. bukan jua percutian keluarga. i'Allah untuk percutian bersama fmly kecik masih dalam perancangan coz mr papa dah x sabar-sabar nak angkut bini & anak-anak dia tido hotel gamaknya.. kekekke
 
Ada urusan penting yang perlu di selesaikan.. Urusan keluarga jua.



Moga semuanya berjalan lancar i'Allah ..

Wassalam

Buat Renungan Bersama

Assalamualaikum .


Sure masing-masing bizi dengan tugas di pejabat .. Aku as usual x brapa nak bizi mana pun. But minggu ni kena plan untuk settlekan eQms dalam system dan juga fizikal.. adeiiiii serabut sana sini coz since masuk sini x penah tgk.. Inilah ferst time n ever... Yg termampu sahaja la kot.


But last week aku ada Baca satu artikel from HARIAN METRO Online.


http://www.harian-metro-online.com/alkisah-rumah-tangga-di-facebook


Sesapa kalau nak drop n baca leh clik link di atas ye .. Actually aku pun salah sorang yg suka sangat update benda2 cam tue. Tp betul jgak kata Ustaz Azhar Idrus :



Menurutnya, banyak alternatif yang boleh digunakan untuk menzahirkan kata cinta kepada pasangan.

“Usahlah dihebohkan secara melampau-lampau. Ramai juga suami isteri yang hampir bercerai disebabkan tersilap mengemudi medium sosial itu, pekalah dengan keadaan masyarakat sekeliling bukan semua boleh menerima cara kita kerana setiap manusia itu berbeza."
So diharap masing-masing TERMASUK aku mendapat ilmu dari sini..
Inilah info yg perlu dibaca dan dihayati semula. Alhamdulillah mendapat pengajaran from this info. Moga masing2 mendapat manfaat dari_nya jua.


Tak salah kan berubah ke arah yang lebih baik..Itulah yg dituntut sebenarnya dek lekaan Duniawi. 


Thursday, June 21, 2012

Teguran


Buat renungan semua termasuk diri sendiri.. Masih lagi PERLU memperbaiki diri sendiri..

Jangan terlalu nampak kesalahan orang lain disekeliling kita.. Kadang kala mungkin ianya berpunca daripada sifat EGO kita sendiri. 

Aku bukanlah pakar ulama agama tapi aku rindu n ingin menuntut ilmu-ilmu keagamaan..

Buat semua jika ada statement2 based on entry yg aku tulis nie ada cacat celanya jgn segan2 untuk marah aku!!.. 

i'Allah aku akan cuba perbaiki mana yg termampu. At least kita SHARe ilmu.. kan kan kan..

 i'Allah aku akan cuba perbaiki .. by reply comments or private msg.

tQ buat semua ...

Wassalam

Wednesday, June 20, 2012

♥ Doa Buat KeDua IbuBapa ♥

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan .....

Aku selitkan satu doa yg patut di baca setiap detik ..

BerDoalah buat kedua Ibubapa kita ..

Memasing dah main peranan as parents..Begitu berat tanggungjawap yang telah diamanahkan oleh kita as parents. Sejenak terfikir beginilah peranan mak&bapak dulu time aku zaman sekolah..

Masih belajar utk menjadi Ibu yg TERBAIK buat anak-anak...

Corak Coret EURO 2012

Assalamualaikum ..

Sihat? Dah makan? .. Aku dah makan dan makin-makin bertambah SIHAT.

Alhamdulillah masih diberi peluang tuk perbaiki mana yg sepatutnya.

Teringat nak uplod n Share pic yg aku cilok from UTUSAN .


kekekek aku gelak sorang-sorang bila terPERASAN katun nie... Agaknya nielah dikatakan DEMAM EURO. Aku pun mana sempat mmg sanggup tunggu utk 1st half je la.. then terus TV melayan aku tidoq.. 

Tak sanggup dah tunggu sampai kul 4pagi layan .. TAPI x nafikan banyak team yg UNEXPECTED menang.

So sahabat-sahabat sekalian layan tak EURO utk season 2012 nie? ...

Alam Perkahwinan - Sang Kerengga



















Assalamualaikum ..

Each of the picture actually ada maksudnya ..

Aku cilok from "mukabuku" Ustaz Azhar Idrus. Tertarik dengan setiap gambar-gambar yg ambil oleh beliau dimana mempunyai maksud tersendiri.

UniQue sebetulnya ....kuasa Allah s.w.t kan...

Mengucap syukur dengan gambar-gambar di atas..

Pedoman untuk semua ....

Tuesday, June 19, 2012

Sekadar Luahan Dari Hati Aku ..

Assalamualaikum ..

Tuesday blues kawan-kawan... hehehe special for myself!!.... ahakzz

Semalam outing dinner wif my lil family.. Aku rasa situasi apa yg terjadi depan mata semalam dah selalu sangat kita tgk sekarang.

Nx to my table is fmly jgak but anak-anak mostly dah besar panjang. About 5 anak (3 gegurl + 2 boboy) .. yg sulung agak2 dalam 17 tahun dan so on..

Situasi sekarang is anak sulung yg aku perasan tgk pakai earphone hat gedabak tp look nice n trendy sambil  main psp. Anak ke-2 fomfuan dalam lingkungan 15 tahun cam tue la sedang berTABLET bukak facebook sebab betul2 blakang aku. So aku bley tgk page yg dia bukak .. n anak ke-3 pun sama berPSP which is lelaki.. hahha kat kecik-kecik plak memasing dok men angry bird guna smartphone (paham-paham la... aku pun donno brand apa but mmg touchscreen) ..

Skali tgk mak n ayah plak dok sembang antara mereka2 ja la sebab anak-anak dah ralit ngan own world. Berkali-kali aku tengok macam seseolah manusia ditelan dek peredaran zaman yg canggih dimana anak-anak sampaikan TERUJA dengan alat canggih.. Kadang2 aku pun ralit kalau bukak handset men angry bird game TAPI seboleh-bolehnya kalau ngan familt kecik aku mmg x bukak la coz mana ngan anak-anak lg kan. Dan aku pun x suka Qayyim terlalu leka dengan game tersebut.

Persepsi aku : Zaman serba canggih tapi bila time makan kat luar at least borak-borak or memasing bley story pasal rutin harian apa.... bagi aku la kan.. Tapi kadang-kadang TABLET ni sesuai jugak nak kasik budak2 dok diam sambil menghayati game or any video especially utk anak yg ngah lasak cam anak aku la kan si Qayyim.. hahhaha

Anythings pun ada pro&cons .. so kita just ambil mana yg BAIK cukuplah kan... Sebab ikutkan dari awal mr papa mmg nak belikan TABLET or PSP utk Qayyim. Tapi aku rasa cam x berapa sesuai la coz baru 5 tahun dah berTablet.. adeiiiii even TABLET brand korea hat bercambah2 di pasaran skarang..

So aku ja kot yg masih belum berpeluang nak kasik semua tue kat anak-anak sdiri. Donno la ..aku plak jenis suka fikirkan NEGATIVE more than positive.. So paham-paham la kalau aku sdiri dah demikian rupa.. Aku sdiri pun serba salah tapi TAKUT yg banyak.. kekekkek

 



Monday, June 18, 2012

Monday or Tuesday - it just the same feelings

Assalamualaikum ...

Most of us kalau mention about MONDAY mesti sebut MONDAY BLUES kan...

Pernah tak tertanya mana datangnya words tersebut. I mean istilah tersebut.




mmmmm aku bukan jenis percaya sangat pada wikipedia .. kekekkeke

So korang pernah tak mengalami sebegini feeling coz aku punya dah TERBALIK which is monday is our OFF day by officially. So tuesday is the 1st day kerja bagi setiap minggu... 

Pelik tapi Benar.

Sunday, June 17, 2012

Next Target

Assalamualaikum

Back to target utk tis year.. kekekke Ikutkan dah lama gilakan collection COACH.. So aku biasanya nak beli yg reganya >100 akan menjadi teramat kedekut even utk diri sdiri. Tp kalau tuk suami or anak-anak cam x kisah pun keluarkan dwet beli yg mahal-mahal...

Ikutkan last time aku dok idamkan handbeg COACH yg pinky itew.. Kali ni kasik + satu barang..

Iskkk apa kena x taw tenet malam ni.. semua jenis gambar aku nak uplod cam PROBLEMO.. adeiii

Nampaknya tidak di-Izinkan untuk SHARE kot .. shud be ada makna disebalik apa yg terjadi kan.

tQ Ya Allah..entry ini bukan bersifat untuk menunjuk-nunjuk.. Sekadat wishlist . Tak pasti sama ada akan beli or not.. sekadar memasang angan-angan.









I Love Them DAMN much

Assalamualaikum ..

Sihat? Dah makan ? Hari nie simple menu for breakfast. spagethi goreng & nescafe panas. utk 2 permata mama just minum tea suam ..

Papa nite shift minggu nie so aku malas nak ajak dia outing mana-mana even lepak cuci mata kat mall.
Just lepak ngan anak-anak kat rumah. Qayyim plak siokkkk woooo dapat new book. Dapat je la nak bukak n baca bukan men liat. Siap nak kena bodek bagaiii.. adeiiiii anak lelaki kan.

BUT the most xcited is Qisya yg nak baca buku dengan bahasa ntah apa-apa.. comey plak bila berkali-kali dengaQ bahasa yg aku sdiri pun x paham... hahahahha :-P ;)

Apa aktiviti korang minggu nie ... Aku yg susah nak dapat berWeekends dengan fmly especially wif suami & anak-anak nak kena spend bebetul!!.. sooo feeling dk rumah di hari weekends cam lain nooo.. 

Even sehari dapat berGediks ngan fmly asalkan spend sampai lebammmm .. tetiba teringat kisah semalam ada chat ngan husband bout this matter.. Sebab dia mmg suami yg nakkan anak >2 actually .. Aku x dak hal nak ksik anak ramai2 TAPI main things is aku kalau anak ramai target mmg nak stabil kat rumah sahaja as housewife. At least budak-budak depan mata. Tak payah nak antaQ pengasuh bagai.. 

But tat's is my planning la kan in future i'Allah. Apa pun aku hanya menDoakan apa yg di impikan tercapai..

Masing-masing dah ada impian kan. Even untuk anak-anak pun kita dah ada own target utk depa.. But kita as parents keep on praying for Good Things ..

It's not easy to be a PARENTS nowdays.. Terlalu mencabar dengan zaman serba canggih.

WhatEver it is PROUD to be PARENT.



Saturday, June 16, 2012

testing punya hal...

Testing entry via my mobiled..harap berjaya since half give up actually.. Brapa byk dah aku dok try post...cam failef.. adeeeeiii

Terkini & Modern

Assalamualaikum ..

Selamat bekerja buat diri sdiri.Rutin biasa buat aku. Sebab kelas master berjalan as usual.

Sesambil berWhatapps dengan mr suami kat rumah.. kekekkeke gatai aihhhh :P

Sekarang zaman dah canggih & moden & terkini. So confirm dah explore 
 dengan bermacam-macam aplikasi yg disediakan by Iphone OR Android.

                   aku x pernah guna application nie.. tp sekadar INFO
                                           Ini biasa guna .....

                     ini yg aku biasa guna ... dan memang suka guna ..

So korang-korang confirm lagi canggih n up-to-date dari aku kan... hehehhe

Peluang ...

Rindu dengan panorama sebegini...



Confirm hilang tension dapat tgk betapa Allah s.w.t itu Maha Kaya. dan Maha Berkuasa.

Speeechless dengan penorama dan keindahan begini rupa.. Kadang-kadang terfikir entah berapa lama lagi aku akan hidup di Bumi ini Ya Allah .......

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk aku BERnafas dan menghirup udara pinjaman ini  .... amin amin

Friday, June 15, 2012

Untuk Renungan Bersama ..

Terjah ke "mukabuku" sebentar TERKEDU dengan ringkasan nota berikut :

✿~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

✿~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan
PERANGSANG kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..

✿~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.

✿~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

p/s : Dia sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti dia MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..♥

-Buat renungan bersama.. Sedangkan kita sebaik mungkin untuk membahagiakan orang disekeliling kita.. Mungkin itu yg terBaik.

Perempuan dan Bunga tak dapat dipisahkan ....

Assalamualaikum....

Korang suka bunga tak ? kalau tanya aku.. bunga tulip color-color suka la. Kalau setakat bunga kertas or bunga raya tooobat tak minat okeh!!!... hahahha Gediksss sajo..

Selingan utk entry ri nie.... Dok belek-belek album lam lappy rindu nak bawak Qayyim & Qisya jalan-jalan lagi. mmmm tapi ke mana ya? ..






Si kecik nie suka sangat ngan bunga-bunga kembang.. sekembang orangnyaa!.. hahhaha

bunga kat rumah habis kena cantasss dek hari2 sebelum gerak ke rumah ibu benda wajib dia nanak pegang bunga!!.. adeiiiiii habis la bunga mama yg baru nak kembang. Layan je laaa ......... 

Nama pun gegurl kan.. so x kan lari ke mana.. Sama cam papa kot si kecik nie minat ngan bunga... adeeeiii

So korang-korang ada tak wat mini garden kat rumah. Sesaja untuk penyejuk mata.


Thursday, June 14, 2012

It's Just Copy from ...

Cetusan daripada mukaBuku : Prof Dr Muhaya

Bila Allah murka pada kita hidup akan terasa sempit. Setiap kali kita merasa resah dan sempit dada dan buntu, renung dosa kita dan bertaubat dan hentikan menyalahkan orang lain.

Jika ada masaalah dgn orang lihat hubungan kita dgn Allah.

Kaum wanita jika tidak jaga solat, tidak jaga aurat, tidak sering bertaubat, hentikan cuba minta orang lain menyelesaikan masaalah atau minta pendapat. Mulakan cari ilmu utk bertaubat dan betulkan ibadat khusus sebelum kita sibuk nak tolong orang dgn amal soleh.
 Alangkah ruginya kita sibuk buat baik sesama manusia tapi tiang ugama solat tidak dijaga dan maruah kita aurat tak dijaga.

Sapa pernah baca buku nie? cam best plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...