Tuesday, July 31, 2012

WORDLESS

Frust yg teramat sangat ...........

Banyak benda yg aku plan semua x menjadik!! ..

Donno la ..may b ini Ujian untuk aku dan anak-anak. Sebesar mungkin aku tingkatkan KESABARAN dan juga POSITIVE level inside.

Yet to know till when .........

Monday, July 23, 2012

3rd Day of Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Hari ke-3 dibulan Ramadhan. Bulan yg penuh dengan keberkatan.. tQ Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada Hambamu ini untuk menunaikan tanggungjawap. Dan semoga aku sempat jua utk Qhatam Al-Quran this mths again i'Allah ....


Marilah kita sama-sama memenuhi kebaikan bulan yg mulia ini dengan ilmu-ilmu agama dan juga perbuatan yg lebuh mulia i'Allah ...

Btw Aku sendiri masih banyak perlu di perbaiki.. Harap2 peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan lagi.

tQ Ya Allah!! ............................ Alhamdulillah 

Saturday, July 21, 2012

Touchingg


" Be not simply good - be good for something and A woman knows the face of the man she loves as a sailor knows the open sea "

Love HIM so much!!! thank you for everythings..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan ~

Selamat mengimarahkan ramadhan buat semua.. Maafkan segala keterlanjuran saya jika terkesan di hati.. Semoga ramadhan sentiasa membawa keberkatan dan kebahagiaan..
 
Andaikata saya terkasar bahasa dan terslah pada perbuatan, Mohon maaf pada semua... Semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru..menjadi akademi terbaik mengasuh jiwa & melatih kita menjadi insan yang lebih baik dari hari2 sebelum ini.. buat yang terbaik kerana kita tidak pasti samada Ramadhan depan masihkah kita berkesempatan....


Thursday, July 19, 2012

My 2Q

Wajah-wajah yang ceriakan aku hari-hari...Balik kerja penat-penat dapat tgk my 2Q terus hilang penat sampai sanggup masak lagi. X sanggup plak nak makan kat luar sekarang nie.

Almaklumlah ada yg jenis suka makan so susah skit kalau nak makan kat luar.

Anak-anak penyeri rumahtangga kan. Mereka lah cahaya aku!!.....

Lovessss banyak2 ............

Wednesday, July 18, 2012

Sesaja Luangkan Masa ....

Assalamualaikum ..

Baru sempat terjah blog sdiri.. Seminggu lebih terpaksa STOP kejap due to kesihatan anak-anak x berapa nak mengizinkan.. adeiii 

Satu rumah terkena jangkit demam+selsema mr papa!!...

But ... Qisya yg paling teruk. Mana ngan merap2 lagi. Sabarje la dengan dugaan budak-budak cam nie kan. Semua benda x kena.. Sampaikan aku nak mandi pun susah sangat2. Itu mandi blum masuk big project  lagi.. adeiii betul2 x dak feeling.. terpaksa tahan!!.. huhuuhuh

ni kes temankan anak-anak tido afte memasing lentok dek makan UBAT SELSEMA ..

Tetiba teringin nak baca novel nie.. aku cilok OR pinjam from my sista.. not bad n jaan cerita yg agak lembab.. Besalah aku punya style kalau baca novel cnfirm belek last page which is aku nanak yg best ending!!.... hehehhe pelik TAPI BENAR!!..

Korang suka baca novel tak? ...

Sunday, July 8, 2012

Kisah Pagi Ini ..

Ya Allah ...

Today i Woke UP 

I Am Alive

I Am Healthy

Alhamdulillah .....


Saturday, July 7, 2012

Find on Ur Own ..


Buat panduan untuk diri sendiri.

Moga diberikan lebih peluang untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih di-Redhai oleh Allah s.w.t.

Temuilah hari masing-masing dalam diri sendiri..

i'Allah ............

Friday, July 6, 2012

Kasih & Sayang

Assalamualaikum 

Sihat dan Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi pinjaman ini.


Betapa kita tak pernah nak REdha dengan "kasih sayang" tersebut ...

Terima kasih kerana dengan statement berikut aku dapat berMuhasabah diri sendiri.

Terima Kasih Ya Allah ...........

aminnnnnn .....

Thursday, July 5, 2012

Panduan buat DIRI SENDIRI ..

Panduan buat aku ...


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday, July 4, 2012

Untuk Renungan Bersama ~

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyedut udara pinjaman dari Yang Maha Esa..

Masih lagi trauma dan emo dengan kejadian last week ..


Moga suami arwah & anak-anak dan juga keluarga Redha dengan pemergian arwah. Sedekahkan ayat-ayat CINTA dari Al-Quran moga arwah tenang disamping pencipta-Nya.

Al-Fatihah..aminnnn

Tuesday, July 3, 2012

Rumah Allah swt

Assalamualaikum ..

Gambar yang penuh makna.. Ringan2 kan diri untuk ke masjid @ suraw. Dedahkan anak-anak kecil kita dengan keWujudan Rumah Allah s.w.t ini.. Tp bukan dengan pendedahan Duniawi.

Sebelum ini aku sendiri tersilap perhitungan .. Alhamdulillah 

Terima Kasih Ya Allah...

Monday, July 2, 2012

Simple tapi penuh Bermakna

Assalamualaikum..

Sihat? Dah makan? Me as usual berlepak di rumah. Monday is OFF DAY yer....

Would like to share yang aku BW semalam :

"Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
dia sedar,


bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
kerana dia sedar,


dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.


Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan.
Semoga Allah redha."

Sumber : SENYUM

Sunday, July 1, 2012

Help Me !!!

Assalamualaikum ..


Dilema utk nx year .. Biasalah as parents sometimes kita nak kan the best education utk anak-anak. Even trying hard utk find al kisah Good School utk 1st pendedahan..


This is first year Qayyim @ Tadika Tahfiz Fitrah .. so nx year donno yet utk pra-school or maintain di tadika yg sama sekarang.. Sukatan dia belajar sekarang pun ngalahkan Tadika. Kadang2 cian ngan anak sulung aku nie.. Tak nak sangat bg presure but zaman sekarang kan.. Dah terlalu ramai budak bijak compare zaman mama and papa dia dulu... kekekke nama pun DULU kan!!... ahakzz


Confirm masing-masing dah ada plan kan.. aku je la masih donno  yet.. But even dia masuk pra rasanya ttp aku kena kasik dia transit kat Tadika yg sama.. yelah both keja sampai 9 jam or papa 12 jam shift.. Nak kena rujuk bebetul dengan skol Qayyim nie. Mana dengan dia nak makan lunch lg kat sekolah.. ciannya.. huhuhuhu Tp kalau x ada pendedahan sampai bila kan!! any ideas anyone..........................


Gue buntu donggggg !!!!! ..........................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...