Saturday, November 10, 2012

Settle Sudaaaa .. (entry w/o gambar)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah finally all DONE!! ...sesambil layan online radio Heart UK..

Apa lagi kalau bukan Demam Audit awal minggu nie. Berjalan lancar and few more utk penambahbaikkan.
Auditor pun berikan fully co-operation.

Aku malas norr tulis panjang-panjang hari nie. Just nak mention hari kesibukan dah habis. Tapi nak kena focus on marketing planning Q4 plak. huhuh intake next year Jan 2013. Nx week dah start kebizian dengan promotion @ Tesco E-Gate. Then dalam masa yang sama sekarang ngah update file kemasukan Jan 2013.

Rupenyeee dah bley offer.. huuhuh aku jgak yg terlepas  info. So dah selamat pos pu offer letter utk bakal pelajar. Welcome again ..

So tat's all.... Nak siap-siap utk Qayyim punya Hari Kecemerlangan bagi Tadika Tahfiz Fitrah 2012.

tQ all ..............

Wassalam

Friday, November 2, 2012

Tips Keluarga Bahagia

Assalamualaikum..

Pagi jumaat .. Indah dan seceria aku jua.. heheheh 

Masuk ofis dengan muka ceria even ada yg jenis masuk muka mmg *&^%$%#@# .. Bahagiakah anda kalau pepagi dah moody.. adeii naik rimas aku tgk. Gini rupa muka baik duduk rumah wat kerja sdiri.. aku yg masuk happening pun dah moody tgk muka ofismata cam tue. Tp lumrah manusia kan. Rambut sama hitam but inside mungkin ada personnal prblems kot. Whatever .............

Back to my entry utk Jumaat yg cantik ini ...singgah as silent reader kat blog sweet mama Zahra

Aku suka dengan Tips2 berikut :

50 tips untuk membina keluarga yang bahagia -Dr Fadzilah Kamsah:

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Boleh share jika berminat...

tQvm

Tuesday, October 30, 2012

Monday, October 22, 2012

Waktu MustajaB


# Untuk renungan bersama. Marilah kita sama-sama mengamalkan as parents  menjaga amanah dr Yang Maha Esa.

# Boleh share bagi pembaca sekalian. Ilmu utk dikongsi bersama-sama. i'allah

Sunday, October 21, 2012

Demam AUDIT

Assalamualaikum

Mood :  Agak runsing .. 
Lokasi : Rumah ..(schedule entry)

Tetiba hari ni terasa nak layan online radio hotfm.. Jarang-jarang sekali layan hotfm "Kau Yang Terindah-Alya" .. Tercarik-carik feeling nak review semula SOP. Sebelum ni banyak sangat shortcut. So must back to SOP.

Early Nov dah kena AUDIT. But ..... MUST PUT MY SELF in ready mood.. hhuuhhuhu

Banyak lagi cacat cela . Nak kena focus bebetul. Nx week dah start "RAYA HAJI MOOD" .. so mana nak carik balance nak siapkan balance job.. uhhuuh

Hati resah sesangat since balik dari kursus last few days.. huhuuuh sana sini dok story bout Audit Audit.. no xcuse dah kalau pasal semua nie.. Dah mcm nightmare sesangat!!.. cam nak mintak Dr admid kan diri sendiri pun ye gaks... huuhuuh but till when nak lari.

Kena terima everythings.. 

Semuanya dah tertulis.. Allah s.w.t Maha Adil dan Maha Mengetahui.




Saturday, October 20, 2012

RENUNGAN


#Moga hari-hari esoknya lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Friday, October 19, 2012

Short Story ... but ♥♥

Sumber : Copy from @Bercinta Selepas Nikah -> facebook

#Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....
Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi isterinya..
Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak kecilkan hati abg...
Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..
Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti cepat tua kalau marahII..
Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.
Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hri nie dgn abg, abg xnak tido sama?
Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik tu..
Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??
Suami: lain kali la..xde mood..
Isteri: knp lain kali..abg,xnk redhakn syg?
Suami: redha untuk apa?
Isteri: abg,kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak terima syg masuk syurga..kalau abg xnak redhakan syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis airmata yg jatuh kt pipi)
Suami: eh..knpa menangis plk syg abg nie....abg gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg
tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg sentiasa ikhlas...
Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg beruntung dpt suami mcm abg..
Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥
Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..
Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D

P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn suami....keredhan suami itu adalah kunci
syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah sukakan kepada rmhtngga yg aman
.. ♥

Thursday, October 18, 2012

Fall in Love

Assalamualaikum 

Tetiba wat tajuk yang sebetulnya agak malu n kekok nak tulis... cewah cewah .. feeling malu-malu kucin sejak menjak nie. Amik skit mood #adam Mukriz ut drama AdamHawa. So feeling cintan-cintan n bunga-bungaan ... But drama from Novel kan. So yet to sampai ke satu level yg betul2 buat semua jiwang..

So another 50 episodes till mid of Nov'12.. aku plak dah mula timbul feeling malas nak layan dah.Preferable layan marathon AdamHawa bu sunday sbb back-to-back kan bley layan utk satu minggu pynya stori..

Kalau x every nite JUST 30 min .. mana la nak ckup ntah sapa upunya idea donno la.. Drama punya slow cam kura-kura dibuatnya sampai 80episode.. adeeeii nanah mata aku kena tunggu 10 malam baru dapat layan. Tp kalau miss pun aku akan tunggu sunday evening tuk layan marathon.. kekke

Still x bley blah from this drama.. perggggg jatuh cinta ngan drama cam nie. actually jatuh cinta jua dengan hero kacak yg mmg x bley blah - Aaron Aziz leee .. satu malaya kepoh n gilas babas ngan mamat hensem nie. Sapa la x suka tgk lelaki kacak kan.

So sila skrol ke bawah kalau nak tgk my hero hensem+sasa n also Hawa the cumils Malay ..


























Opsss .. apa nie.. 

sabo sabo ..



















           #my AdamnHawa  :P

Her Toncang ..


Rajinnya mak ko wat cam nie kan ... ekeke 

Actually aku x dak la sekereatip ini . Done by Ibu pengasuh.. Rajin no dia belek rambut si kecik nie. Kadang2 time amik after balik kerja macam2 ruper rambut si kecik nie dek kerjaan ibu.. hehehe



Kadang2 dah macam batang tebu aku tgk.. ntah cam mana dia ikat x pasti la.. Time mandi tuk change ke pyjamas lah yg menyeksakan hidupku sbb nak kena ngadap bukak every single getah atas kepala.. huhuhu

Kalau dah namanya dotter kan.... Redha je la :P

Wednesday, October 17, 2012

Pengasuh oh pengasuh

Kisah anak dara plak ... sapa lagi kalau bukan Nur Qisya taQiyyah.

Menghampiri 2 tahun i'Allah awal Jan 2013 nie.Cepat masa berlalu. Terasa cam baru sangat2 bersalinkan di kecik nie kat Muslimah.. The only girl yg ada 07 in the middle sbb lahir kat penang.. hehe Abang Qayyim btul2 follow mama & papa - Kedah'ian ..

She's is my 2nd and the only girl setakat ini laaa.. hehe -> terpaksa mention sebegitu sbb belum ada plan nak menambah ahli fmly utk jangkasama terdekat nie. But kita hanya merancang kan.. Yang baik adalah dari Allah s.w.t

So agak gegeh skit la sebab dah ada anak dara kan.. Penuh almari dengan dress-dress color pinky la, merah or purple.. no more blur or green.. cewahh ..Rupanya aku x dak la cewi sorang-sorang sbb mr papa pun sama nek gila ngan hairband n kasut si kecik nie.. mcm2 color ada.. adeii nek rimas tgk kasut kecik dimana-mana pelusuk!!.. iTU mr papa ..belum lagi ibu pengasuh Qisya.. dia pun "tumpang kasih" sbb setakat ni anak-anak dia semua HERO. So Qisya lah satu-satunya anak dara kesayangan ibu.. manja sangat dengan ibu dia.. Ibu pun apa benda mesti dahulukan si kenit nie.. Ada ja tupperware singgah kat tumah.. so Qayyim al tumpang makan..Bab makan jarang ada yg berkira kan .. belum lagi pakaian n sepit2 bagai.. MOstly ibu yg belikan.. Itu yg aku just recycle mana yg ada sampailah mana-mana rosak, naru gantikan... 

Kasik chance kat ibu ... dia pun dah lama tunggu nanak gegurl.. cian dia. So aku mmg x kisah kalau dia nak angkut Qisya jalan sana sini.. suka hati dia lah. Dan Alhamdulillah setakat ni x dak la menda yg aku x puas hati dengan jagaan dia..cuma Qisya ni manja sangat!.. sampai langsung x bley marah. Asal marah mula la mata berair. Sometimes dah salah ttp nak tegur kan .. Tp nama pun anak dara pelembut gitew ... mula la muka cebik-cebik nangis. 

Perihal anak-anak nie seronok utk kita hadap selalu tp penat ada jgak. Actually nielah yg bley hilangkan penat sbb tgk anak-anak hapy sbb kita ada kat rumah kumpul satu fmly.Ceria anak-anak..cerialah keluarga tersebut i'Allah .. 




My small fmly .. gambar lama actually.. last yea vacation Langkawi utk pertama kalinya jejak kaki. Hopefully dapat lagi bawak anak-anak jalan sini.. Actually bg aku the most important is Family vacation. As long as mr suami n anak-anak hapy aku tumpang hapy.

tQ Allah for the lovely small happy fmly i ever had.

Tuesday, October 16, 2012

Panggilan

Assalamualaikum


Dah lewat-lewat malam baru sempat me nak update blog. yang penting dahulukan budak-budak kat rumah nie. Puaskan dulu perut n feeling derang before kena tinggal esk.. huuhuhuh



Aku terpaksa off anak-anak to mr papa sbb ada panggilan kursus kat KL on Khamis. So bertolak esok flight lebih kurang jam 320 ptg from penang International Airport. Malam lusa lepas kursus terus balik. Tak sanggup nak lengahkan masa tido kat hotel sbb dah mmg dapat green light balik itu malam jua...



Fuhhhh lega sbb Jumaat mr papa dah masuk day shift so agak kalut kalau tinggalkan anak-anak kat dia.. btw Thanks berjuta-juta sbb sudi take-over as mama utk 2 hari semalam... tQ sayang!!! .......




My small fmly.. tQ Allah for giving me such a wonderful husband!!.. Very understanding yang pastinya..



Sanggup take-over tugas mama utk 2hari 1 malam..Even sebelum nie pun dah biasa tinggalkan mr papa n anak-anak seba kebiasaannya panggilan kursus mmg aku kena ke KL.. Macam last year siap join retreat & Teambulding kat Janda Baik about 5d 4 nite.. Itupun mr papa yg handle anak-anak sdiri.. Time tue lagilah Qisya baru 7 bulan rasanya.. But he manage to jaga anak-anak. Tp aku dah biasa tgk dia handle anak-anak snce anak sulung Qayyim. Sebab tuntutan pekerjaan aku .. so dia yanga banyak bekorban ngasuh during weekends.. So banyak benda actually hal-hal anak yang mr papa MORE EXPERT.. lebih memahami anak-anak .. n x pernah la dia nak bising-bising komplen about anythings.. satu menda x pernah mention penat or apa.. but aku notice kadang2 penat layan anak-anak kecik nie.. but as long as u enoyes i'Allah hilang habis penat or tension tue.. tui dak?? itu kena tanya those yg dah ada anak leee . kekkekek



Opsss bebel2 kosong ... klah chow dulu nak kemaskan beg.. apa benda nak pakai ut kursus ni donno la.. esok la kot suh mr papa pilihkan.. kekkeke saja feeling manja sebelum nak kena tinggal.. heheh



Oklah Selamat malam buat sahabat2 sekalian .. But but before that ..... or before tidoQ ..


semoga kita semua memaafkan semua orang sebelum tidor dan berniat untuk lebih bertakwa esuk hari jika ada umur

Friday, October 5, 2012

Friday

Assalamualaikum ...

Dan salam Jumaat .. Penghulu segala hari. Aku bekerja as usual. masih beroperasi alhamdulillah bersyukur dengan keindahan dan kenikmatan di beri. Terima kasih Ya Allah ..

Tersentuh dengan selitan nota gambar dibawah.. terasa hati utk copy image n share ngan semua..



This is from somebody yg share from FACEBOOK... really appreciate that! Thanks dear.

Seba kadang2 nek nyampah pun ada ngan facebook punya posting coz toooo much luahan about somebpdy else.. Sebab tue ada yg bley gadoh disebabkan posting kita. So to AVOID that... back to URSELF. Kenali diri sendiri terlebih dahulu sebelum menulis berkaitan orang lain adalah lebih baik. Tuhan Maha Adil n Maha Mengetahui. Setiap Perbuatan kita di catat oleh shabat kiri & kanan.

Sebab itu kita hidup dengan CERMIN.. sehari x tengok cermin x sah kan.. apa yg nampak thru cermin of coxx DIRI SENDIRI.. Sedangkan aku sdiri pun ada ja SALAH n SILAP. Dlm pekerjaan lagilah. Tapi alhamdulillah masih ditahap penerimaan yg POSITIVE.

Ini sekadar nota utk diri sendiri. Sesapa nak share dipersilakan.

thanks all ... 

so moga hari jumaat yg Indah ini digunakan sebaik mungkin menginsafi diri dan bermuhasabah kpd Allah s.w.t..



Thursday, October 4, 2012

Smiles

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah .. mood update blog membuak-buak. So sempatlah update utk last week nyer story.

Nothings much nak story actually .. Just satu gambar snap by my 1st son bro Qayyim.. Dia bebetul suka amik gambar Qisya actually.. Pantang pegang camera or by using handset mesti kejap2 suh adik dia possing.. kekeek nak gelak pun ada kekadang .. But layan jela kan. Peel kanak-kanak girang cam nie. As long both 2Q main bersama with full of PEACE!!..... aku x suka kejap2 bunyi nangis, bunyi melalak!!.. :P :P


Senyuman si anak dara... susah nak amik gambar dia skarang nie.. inipun seb baik abg Qayyim yg pandai wat lawak.. ekekek

so.... tu je la kot.. just short entry by me!!..

PEACE to all

Wednesday, October 3, 2012

Small happy Family I'Allah .....


## renungan bersama-sama ....

Tuesday, October 2, 2012

It's Tuesday



BELAJARLAH untuk melihat kelemahan diri sendiri dan bukan keburukan orang lain.
Belajarlah untuk memperbetulkan diri sendiri kerana ia langkah pertama
untuk memperbetulkan orang lain.. 


## Renungan buat diri ini juga...

Monday, October 1, 2012

Saturday Entry i SUPPOSED ... !!

Assalamualaikum ..

Salam malam selasa.. Esok dah kerja.. huhuh minggu ni cuti lompat coz ada bengkel utk new std.
Nielah tanggungjawap but soooo lucky coz minggu ni kebetulan sesangat mr papa cuti weekends. So alhamdulillah anak-anak tidak di rumah "orang" ... Mr papa sdiri yg ngasuh budak berdua nie. So mama x lah risaw sangat.

Ikutkan sabtu cuti.. mr papa really xcited nak bwak anak2 g mandi somewhere yg best either Bukit Merah or Lost World of Tambun... Ikutkan LOWT mmg the best .. sbb ada mini zoo at the back.. but memandangkan jauh sangat perjalanan sampai ke Ipoh so hanya singgah kat Bukit Merah yg hanya x sampai sejam pun perjalanan dr rumah nie..

tak banyak pics yg sempat nak snap pun.. just aftr mandi manda br sempat amik. Malas betul lately nak angkut camera sana sini.. Ini pun just by handset mr papa.. huhuhuh 

nx entry will uplod few pics yg masih ada lam memory.. ahakzzz ....:P

n this is my weekends story by saturday coz sunday dah berhiburan di ofis dengan new std utk taklimat pelajar... adeiii agak kepeningan dengan new std yg macam2 ragam n macam2 peelnya.. Inilah lumrah putaran hidup manusia. Betapa indah Ciptaan Ilahi penuh dengan warna-warni.. 

k lah .. esok malam uplod pics k.. ini malam malas sesangat !!.. mood nak iron baju dulu.

Wassalam


Thursday, September 27, 2012

My day ..

Assalamualaikum ..

Back to normal routine at home sweet home coz today is MERDEKA!! aku apply AL last 3 days coz babysitter Qisya ada hal. Berlepak-lepak ngan si kecik di rumah..

Since morning bukan main happy 2Q coz "aku x bersiap baju kurung as usual" .. si abg dah leh tangkap 'mama cuti kan..' hehehe so sweet !!! ...

So ..si abg pun AL from Tadika n si kecik sah2 x leh ke rumah ibu.. Seharian melayan karenah 2 beradik nie. Mcam-macam benda dok men.. sepah kejap tp seb baik si abg dah pandai kemas menan dia..

Aku sibuk skit since Aug hari tue.. x sempat sangat nak bawak 2Q ni jalan2 mana.. cian depa dah lama x g oliday kan.. huhuuhh tuntutan kerja la sayang ... Ingat lepas AUDIT la kot baru plan cuti panjang.. Itupun jika tiada tuntutan kerja dan jika Di-Izinkan Yang Maha Esa. Rancangan dah ada cuma time2 cam nie x berapa sesuai nak cuti..

Awal Nov ada Audit.. so preparation MUST HAVE.Udah le apa benda pun x ada nie. Even just internal Audit.. kalau luar punya Audit cnfirm aku AL sebulan.. kekekek

OPsss cuti-cuti cam nie x yah la sembang banyak bout kerja kan!!! ... Nak bawak 2Q jalan2 jap..amik udara luar . Cian sgt la nie musim ujan so terperap lam rumah..

klah.. have a nice day uoallsss ....

Salam petang Khamis!! .. 



Tuesday, September 25, 2012

My Heart

Assalamualaikum ..

This will be citer lama.. seems like aku baru nak merajinkan diri update menda ni sume.


Kes 2 beradik berebutkan tab.. malas dah nak layan. Tapi seb baik abg jenis yg bley terima peel si adik.. dikasik dahulu adik main sampai puas.. after adik tido br turn dia tuk main. BUt as usual weekedsn sahaja dia dibenarkan main.. hehhe cian kan

Ikutan aku x nak beli semua benda teknologi cam nie. nyusahkah hidup riuh satu rumah ngan tab nie.. adeiiiii
Tapi encik papa yg terlalu ikutkn kata anak sulung.. beli jgak.. huhuhuuh

Layan je la..sbb dibeli tanpa pengetahuan aku!!... aisehh konon2 aku sumer benda nak ctrol kan...amboiiii sedapnyaaaaaaaa ngata orang eh....

Tapi ada menda nie bagus jgak sbb aku bley main angry bird puas-puas.. ekkekek 

Inilah kisah kehidupan ... 

klah chowww ..

Andainya ...

Assalamualaikum ..

Pagi Selasa penuh rah mat.. Dihujani sepanjang hari. Terima kasih Ya Allah atas kurnia-mu ini.

Lama sangat blog ni menyepi. Terlalu sibuk. Ikutkan sempat jek nak hupdate short story.. but aku dah semakin M.A.L.A.S . Sesekali bercuti lepak bersama fmly. Tidak kemana2 jauh pun sekadar cuci mata bawak 2Q jalan2 mall ..

Itu kisah monday iaitu semalam. Almaklumlah kan weekends bekerja. Agak runsing dengan situasi sekarang.

Hard to xplain and even sooo unfair for me to story banyak2 disini. My work environment really2x made me mad!!! exhausted x yah nak cakap la..ini mask tahun ke-4 aku di sini.. seseolah menghitung waktu n masa. But am i ready for it? #wordless#

Ya Allah jika ini Ujian buat aku.,tabahkan hatiku,tenangkan jiwaku,  halalkan perbuatanku, halalkan mataku..Sesungguhnya aku hamba yg lemah. 

#Modal paling baik dari seseorang ialah kerajinannya.... Rajin membuka pintu rezeki... Malas mendekatkan kpd dosa dan pengabaian amanah#

Saturday, September 15, 2012

Tuesday, July 31, 2012

WORDLESS

Frust yg teramat sangat ...........

Banyak benda yg aku plan semua x menjadik!! ..

Donno la ..may b ini Ujian untuk aku dan anak-anak. Sebesar mungkin aku tingkatkan KESABARAN dan juga POSITIVE level inside.

Yet to know till when .........

Monday, July 23, 2012

3rd Day of Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum..

Hari ke-3 dibulan Ramadhan. Bulan yg penuh dengan keberkatan.. tQ Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada Hambamu ini untuk menunaikan tanggungjawap. Dan semoga aku sempat jua utk Qhatam Al-Quran this mths again i'Allah ....


Marilah kita sama-sama memenuhi kebaikan bulan yg mulia ini dengan ilmu-ilmu agama dan juga perbuatan yg lebuh mulia i'Allah ...

Btw Aku sendiri masih banyak perlu di perbaiki.. Harap2 peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan lagi.

tQ Ya Allah!! ............................ Alhamdulillah 

Saturday, July 21, 2012

Touchingg


" Be not simply good - be good for something and A woman knows the face of the man she loves as a sailor knows the open sea "

Love HIM so much!!! thank you for everythings..

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan ~

Selamat mengimarahkan ramadhan buat semua.. Maafkan segala keterlanjuran saya jika terkesan di hati.. Semoga ramadhan sentiasa membawa keberkatan dan kebahagiaan..
 
Andaikata saya terkasar bahasa dan terslah pada perbuatan, Mohon maaf pada semua... Semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru..menjadi akademi terbaik mengasuh jiwa & melatih kita menjadi insan yang lebih baik dari hari2 sebelum ini.. buat yang terbaik kerana kita tidak pasti samada Ramadhan depan masihkah kita berkesempatan....


Thursday, July 19, 2012

My 2Q

Wajah-wajah yang ceriakan aku hari-hari...Balik kerja penat-penat dapat tgk my 2Q terus hilang penat sampai sanggup masak lagi. X sanggup plak nak makan kat luar sekarang nie.

Almaklumlah ada yg jenis suka makan so susah skit kalau nak makan kat luar.

Anak-anak penyeri rumahtangga kan. Mereka lah cahaya aku!!.....

Lovessss banyak2 ............

Wednesday, July 18, 2012

Sesaja Luangkan Masa ....

Assalamualaikum ..

Baru sempat terjah blog sdiri.. Seminggu lebih terpaksa STOP kejap due to kesihatan anak-anak x berapa nak mengizinkan.. adeiii 

Satu rumah terkena jangkit demam+selsema mr papa!!...

But ... Qisya yg paling teruk. Mana ngan merap2 lagi. Sabarje la dengan dugaan budak-budak cam nie kan. Semua benda x kena.. Sampaikan aku nak mandi pun susah sangat2. Itu mandi blum masuk big project  lagi.. adeiii betul2 x dak feeling.. terpaksa tahan!!.. huhuuhuh

ni kes temankan anak-anak tido afte memasing lentok dek makan UBAT SELSEMA ..

Tetiba teringin nak baca novel nie.. aku cilok OR pinjam from my sista.. not bad n jaan cerita yg agak lembab.. Besalah aku punya style kalau baca novel cnfirm belek last page which is aku nanak yg best ending!!.... hehehhe pelik TAPI BENAR!!..

Korang suka baca novel tak? ...

Sunday, July 8, 2012

Kisah Pagi Ini ..

Ya Allah ...

Today i Woke UP 

I Am Alive

I Am Healthy

Alhamdulillah .....


Saturday, July 7, 2012

Find on Ur Own ..


Buat panduan untuk diri sendiri.

Moga diberikan lebih peluang untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih di-Redhai oleh Allah s.w.t.

Temuilah hari masing-masing dalam diri sendiri..

i'Allah ............

Friday, July 6, 2012

Kasih & Sayang

Assalamualaikum 

Sihat dan Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi pinjaman ini.


Betapa kita tak pernah nak REdha dengan "kasih sayang" tersebut ...

Terima kasih kerana dengan statement berikut aku dapat berMuhasabah diri sendiri.

Terima Kasih Ya Allah ...........

aminnnnnn .....

Thursday, July 5, 2012

Panduan buat DIRI SENDIRI ..

Panduan buat aku ...


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday, July 4, 2012

Untuk Renungan Bersama ~

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menyedut udara pinjaman dari Yang Maha Esa..

Masih lagi trauma dan emo dengan kejadian last week ..


Moga suami arwah & anak-anak dan juga keluarga Redha dengan pemergian arwah. Sedekahkan ayat-ayat CINTA dari Al-Quran moga arwah tenang disamping pencipta-Nya.

Al-Fatihah..aminnnn

Tuesday, July 3, 2012

Rumah Allah swt

Assalamualaikum ..

Gambar yang penuh makna.. Ringan2 kan diri untuk ke masjid @ suraw. Dedahkan anak-anak kecil kita dengan keWujudan Rumah Allah s.w.t ini.. Tp bukan dengan pendedahan Duniawi.

Sebelum ini aku sendiri tersilap perhitungan .. Alhamdulillah 

Terima Kasih Ya Allah...

Monday, July 2, 2012

Simple tapi penuh Bermakna

Assalamualaikum..

Sihat? Dah makan? Me as usual berlepak di rumah. Monday is OFF DAY yer....

Would like to share yang aku BW semalam :

"Beruntungnya jika seorang perempuan itu dinikahi oleh seorang lelaki
kerana lelaki itu ingin mendidik dan membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah..
Dia tak menikahi kerana ingin menakluki,
dia sedar,


bahawa sebenarnya bukan dia yang memiliki,
tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.
Dia tak menikahi kerana ingin menguasai,
kerana dia sedar,


dia akan memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.


Dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai wanita yang dimuliakan.
Semoga Allah redha."

Sumber : SENYUM

Sunday, July 1, 2012

Help Me !!!

Assalamualaikum ..


Dilema utk nx year .. Biasalah as parents sometimes kita nak kan the best education utk anak-anak. Even trying hard utk find al kisah Good School utk 1st pendedahan..


This is first year Qayyim @ Tadika Tahfiz Fitrah .. so nx year donno yet utk pra-school or maintain di tadika yg sama sekarang.. Sukatan dia belajar sekarang pun ngalahkan Tadika. Kadang2 cian ngan anak sulung aku nie.. Tak nak sangat bg presure but zaman sekarang kan.. Dah terlalu ramai budak bijak compare zaman mama and papa dia dulu... kekekke nama pun DULU kan!!... ahakzz


Confirm masing-masing dah ada plan kan.. aku je la masih donno  yet.. But even dia masuk pra rasanya ttp aku kena kasik dia transit kat Tadika yg sama.. yelah both keja sampai 9 jam or papa 12 jam shift.. Nak kena rujuk bebetul dengan skol Qayyim nie. Mana dengan dia nak makan lunch lg kat sekolah.. ciannya.. huhuhuhu Tp kalau x ada pendedahan sampai bila kan!! any ideas anyone..........................


Gue buntu donggggg !!!!! ..........................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...