Bagaimana mendapat rahmat dan redha Allah? Adakah cukup sekadar kita mengaku dengan Qalbi (hati/jiwa) lalu kita benarkan pengakuan itu dengan Qauli (sebutan) dan akhirnya kita zahirkan dengan Fe’li (perbuatan)?
Jangan terlupa bahawa rahmat dan redha Allah mampu dimiliki ke tahap infiniti apabila jiwa dan hati kita merasakan bahawa diri kita ini tidaklah sehebat mana. Diri kita ini banyak lagi kelemahan yang perlu ditingkatkan. Diri kita tidak mampu melakukan apa saja tanpa bantuan Allah.
Henti saja pernafasan selama 4-8 minit pun sudah mampu membuatkan kita tidak bernyawa selama-lamanya. Allah pemilik diri kita. Jika kita ini pemilik diri kita sendiri, cubalah menahan diri daripada kematian. Jangankan kematian, menahan diri daripada tidak makan beberapa hari pun pasti kita tidak mampu.
Maka, apabila kita menTauhidkan Allah iaitu TIADA tuhan selain daripada Allah (Tauhid = 1) dan kemudian kita sedar dan rasa bahawa diri ini tidaklah sehebat mana, tiada bangga diri, ego, sombong dan seumpamanya, (Hamba = 0) maka inshaAllah barulah kita akan memiliki redha dan rahmat Allah.
credit to http://www.fuadlatip.com/v1/2009/03/redha-allah/
No comments:
Post a Comment