Credit to : Kak Engku Bidan bersalin..
Bayi anda sukar tidur nyenyak dan tidurnya sering terganggu? Sudah tentu keadaan ini membimbangkan anda. Tahukah anda, masalah ini boleh membuat bayi kekurangan waktu tidur yang boleh menyebabkan masalah lain.
Gangguan tidur juga boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh bayi serta pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Malah, kekurangan waktu tidur juga boleh memberi kesan terhada perkembangan otaknya. Ini kerana sebahagian besar pertumbuhan hormon otak bayi berlaku sewaktu dia sedang tidur.
Bayi yang kurang waktu tidur boleh mengganggu hormon yang bertugas untuk mengatur rasa lapar. Selain itu, ia juga mempengaruhi metabolisme dalam tubuh yang boleh meningkatkan risiko terhadap diabetes.
Kerana itu bayi perlu mendapatkan tidur yang cukup dan sudah tentu tidur yang nyenyak amat membantu keadaan ini selain memberi kesan positif terhadap perkembangan bayi.
Berikut beberapa sebab yang menyebabkan tidur bayi terganggu.
- Flu Atau Batuk - Jika bayi menghidap flu atau batuk, keadaan ini akan mengganggu tidurnya. Batuk yang berulang ditambah dengan hidung yang tersumbat membuatnya sukar bernafas menyebabkan bayi tidak lena tidur dan kerap terjaga. Cuba tidurkan bayi dengan posisi kepalanya lebih tinggi daripada kaki. Sebelum tidur, berikan bayi minum air putih agar kerongkongnya lebih nyaman. Jika hidungnya tersumbat, anda boleh menyedut hidungnya menggunakan alat khas yang boleh didapati di kedai yang menjual barangan bayi. Selain itu, sapukan sedikit minyak panas di dadanya untuk membantu melegakan hidungnya dan memudahkan bayi tidur.
- Kembung Perut - Bayi memang mudah mengalami keadaan ini terutama pada bayi yang baru lahir. Jika anda menyusukan bayi dengan susu badan, anda harus elakkan makan makanan yang boleh menghasilkan gas seperti bawang. Ini bagi mengurangkan risiko bayi anda mengalami keadaan kembung perut yang boleh mengganggu lena tidurnya.
- Haus Dan Lapar - Apabila bayi haus atau lapar, keadaan ini juga mengganggu tidurnya. Cubalah berikan bayi makan satu jam sebelum masuk waktu tidurnya.
- Basah - Lampin yang basah juga membuat bayi mudah terjaga. Kerana itu segeralah menggantikan lampinnya apabila basah agar tidur bayi lebih nyenyak.
- Ruam Lampin - Keadaan ini biasa dialami bayi. Antara punca utamanya kerana sering membuang air dan kebersihan kulit yang tidak terjaga. Malah, bakteria yang terkandung dalam air kencing bayi boleh memburukkan lagi keadaan ruam tersebut. Sudah tentu ini membuat bayi tidak selesa dan tidurnya juga sering terganggu. Untuk mengatasi masalah ini, cuba ganti lampinnya yang basah sekerap mungkin. Hindari menggunakan kain basah kerana ia boleh menambahkan lagi ruam bayi anda. Keringkan bahagian yang basah dengan cara menepuk menggunakan kain kering, bukannya dengan cara menggosok. Sapukan krim pelindung sebelum memakaikan lampin dan jangan memakaikan lampin terlalu ketat. Selain itu, pilihlah lampin daripada jenis kain yang mudah menyerapkan peluh.
No comments:
Post a Comment