Sunday, March 6, 2011

- Janji -

يٰۤاَيَّتُهَا النَّفۡسُ الۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
ارۡجِعِىۡۤ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرۡضِيَّةً‌
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
فَادۡخُلِىۡ فِىۡ عِبٰدِىۙ‏
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
وَادۡخُلِىۡ جَنَّتِى
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30
Ya Allah, jadikan diriku, ibu ku, dan  ayahku sebagai orang yang bakal mengotakan janjimu ini. Sesungguhnya kami mengetahui bahawa janjimu itu adalah benar. Namun, berilah kekuatan kepada diriku untuk menghadapinya kerana aku hanyalah hamba mu yang kerdil ya Allah. Ameen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...