Sunday, March 13, 2011

- It's Friday beb -


Hujan oh hujan kenapa x turun lebat??.. sure anak2 tido lena n apa lg aku bley la membuta lama skit.. nie baru ja nak lena tetiba Qayyim dah terjaga bangun... huhuh awal la plaks!!...

“mama...Qayyim lapaq!!..” alahai ciannya.. “mama lupa nak masak la...”
“pasai pa mama lupa?? Mama penat ka?? Jg adik? Adik nangis cam smalam ka mama??” ..

Hahahha amik kaw... soalan bertalu2 dr mulut kecik nie... saja ja uji dia skit.. nangis ke x kalau lapar x dak menda nak makan kan... hujan2 ni nak order mc’delivery pun susah.. seb bek aku masak awal!!....


So jamuan utk anak n mak hr nie adalah nasi lemak + ikan bilis goreng + telur mata bulat + ayam goreng halia.... ckup le kan.. sambal nyer x ada coz aku malas nak  blend cabai kering.. tkut panas tangan.. plak2 Qisya dok merap2 cam mana nak main cili kan.. cian dia nanti !!!... 

Opsss.. makan2 .. banyak si Qayyim makan!!.. aminn... sedap la kot kan.. x tanya pun Cuma dia cakap “tenkiu mama.. Qayyim cayangggg mama ngan adik ngan papa”..ohhhh so sweet lil son’s.. Angle mama dah besaq pun!!.... 
dlm buai..x lena pun.. kejap bangun nangis..

Si adik plak dok lena g.. kejap2 tido lam buai.. terjaga nangis2..sumbat susu..lena plak!!..sambung tidoq dlm bby cot.. huhuh setengah jam merengek2 angkat kaki kanan bekas kena cucuk semalam.. nangis2 manja.. huhuh cian anak mama nie... letak plak atas car seat... tkt lenguh lelama dalam 2..letak plak atas toto... sesambil bukak channel PHDC (Play House Disney Channel)... layan2 kartoon mickey ka menda ntah lena japs.. nangis2 plak bising2 budak mana ntah terjerit2 kat luar!!... iskkkk hangin aku!!!........... saboo sabooo bebanyakkk.................

Bukan kata makan bley tersedak..mandi pun x bersabun.. cam mana mama nak wangi2 cam nie?? Adushhh .. kena ada bibik nie.. hahahah maw pengsan papa harun kan!!!.... hahhah. Dah 2, cam mana nak siap2 dok rumah , melawa n wangi2 ngan suami kalau gini jdnya??? Mandi x samoai semenet... gosok gg sesambil dukung Qisya.. apa kes nie?? Anak dara merappppppppppp kena cucuk semalam... hr ni baru taw merappp ... nape la semalam time papa harun cuti Qisya x maw merap??? Wargggggggggggg sebelum dia nnagis bek aku nangis dulu.... 

So hr nie aku sempay makan sesenduk nasi lemak ngan air teh NR nie jeee... mana nak dan bancuh milo ke kopi ke kalau gini.. dah la menangis cam nampak “sesuatu”.... huhuhuhu sakit kepala n mental x betul dah nie!!! ..................
1. packet dlm kotak NR
last pack.. kena beli lg nie..
rebus 2 bungkus bg satu periuk cam gini.. tahan lama skit....kasik mendidih yerr kwan2... kang kembung perut plak
dah siap2 panas minum br sedap..... nak sedap tambah lee madu or honey .. confirm manis cam tea... hakss haksss

With Love,

Saturday, March 12, 2011

- Check up part 2 -


@ SuNWAY mall .. jalan2 makan pizzaaass...... mabelesss
lena sakan nie...lepas kena cucuk....
ronda2 c4 carik susu saya...

Nama : Nur Qisya Taqiyyah bt Che Harun
 Umur : 60 hari ( 2 bulan)
Berat : 5.1kg

Semalam a.k.a 10 march 2011 mengusung anak2 ke klinik.. yg nak kena checkup anak2 jee.. tp usung ngan bapak2 budak skali.. x larat den nak control Qayyim ni kalau soran2 ngan Qisya.. Plak2 kalau dia dapat kawan spesis dia... makkkk tulun !!!....... maw aku tukaq jd Hulk kat sitew...

1st checkup si abang dulu.. blaa blaaa... sihat semua Cuma berat x cantiksss.. kn follow up nx 2 mths plak which is bulan 5.. huhuhu dalam hati aku “ x kisah laa.. asal dia sihat ckup laaa” ... 

Qisya punya turn pun sama.. blaa blaaa.. cantik dia hr nie.. semua pinky dr kepala sampai ke botol susu.. hahhahahha aikss lain plak topic nurse nie.. ni usya anak aku yg cute miut ke nak wat check up nie??kerja kerja cepat laaa... aku byk kerja lg lepas nie...hang pa len laaa... 

Kena cucuk lg after nie.. adushhh lam poket prepare mcm2 dah .. heheh poket doraemon.. minyak cap kapak la, balm gamat, minyak yu nyi cap limaw ... sorok2...

@ c4 play park... ye ke park... belasah je laaa
confirm ke 2..???? huhuh
eee geram nak geget aihhhhhhhh
Jom blajaq A B C  ngan pak harun.. hahhaha

Kena cucuk skali ngappppppppp... aku yg seriauuu ngan jarum. Dah la cucuk menegak bukan jenis serong mcm2 dewasa tawww ....eeeeeeee kalau aku pun melalak ni kan plak 2 bulan !!.... pujuk2 ilang nangis terus lea... aii senangnya dia.. lena eiks.. siapla aku malam ne.. prepared awal2 fizikal mental coz anak x tido malam!!... penangan jarum n ubat!!!...........................

With LOve

- Cerita utk hr Jumaat -

Today hangin x brapa nak elok.. coz semalam x ckup tido!!.. wargggg si Qisya nangis2 cam nampak sesuatu plaks.. but donno la plaks coz kebetulan semala gaks dia kena cucuk kat paha utk 2mths old!!.. huhuh pity my lil.. time kena enject plak ptg coz aku malas nak tunggu lelama kat klinik 2..

N sempat lg after Qisya kena cucuk ajak mr suami ke C4 coz susu n pencuci meka2 ini sudah maw licin.. huhu sebotak aku jgaks leee... huhuh lil Qisya punya susu kali ni cam lain plak rege.. mak aiii 900gram ja pun sampai RM60 hengget.. huhu cam mana?? Stok ada lg ckup la tu minggu ini shj....

Last2 rembat menda len.. ini yg aku malas nak ajak meka2 ni sopping nie.. menda lain aku carik menda lain mr suami n lil Qayyim dapat.. what ever.........

So ajak mr suami terus ke kedai mikiland @ kepala batas.. coz biasa kat edai bby susu murah skit compared ngan mall nie.. Kan senang dl kat sbrg jaya jee... la ni kedai bby br sebelah ofc 2 rege op.. samaja cam juai kat tesco..c4 or mana2 shp Setahu aku yg brai juai murah hanya mikiland shj!!....

Adik plak lena lam bilik tempat tido biasa dia.. hehe
Abg lena dpan tv... siap bwk ngan dino2 skali..


Jom jom kengkawan ke Mikiland............. hehehe beli susu ja pun.. usya2 bj anak tp x dak berkenan.. last2 aku rembat je 2-3 helai bj lobang2 bua Qisya nie.. cuaca x tentu so nak kena hati2 pilih baju.. kulit dia ni sensitip bangat!... asyik panggei p klinik jaaa kalau sebut pasal kulit Qisya nie...

Ok ok.. petang2 ni aku x dak menda nak buat after penat lelah jaga 2 beradik nie.. last2 depa lena sakan.. mr mama kena continue kerja rumah bertimbun2 x settle nie.... nak start iron baju keja... perggg ni part paling malas aku nak buat nie.. iron terus semua bj2 yg ada lam almari... gasak je laa...

Friday, March 11, 2011

- Check up sebulan -


Lepas balik dr check up sebulan...
kena cucuk tp cam rilexx ja kan.. huhuh
saya budak merap... huhu
apa kuning2 tu?? kunyit la 2..kerap sgt selsema.. kena guna ubat kg jeee cepat lega skit..
 

Nama : Nur Qisya Taqiyyah bt Che Harun
Umur : 30hari
Berat:4kg

Dah sebulan si Qisya nie... cepatnya masa nie.. pusing2 aku br wat story mory pasal dia. Dedulu x sempat nak create story pasal Qayyim coz time dia blom ada net net kat rumah.. bukan kata net net.. komputer gedabak or lappy pun lom nampak bayang... heheh

So entry simple utk tatapan Qisya kalau besar2 nanti dia baca.. baca ke?? Ntah leee.. apa pun x semestinya utk dia jeee kan.. tp utk haku jgaks.. kot2 la dah tua nanti x dak menda nak buat.. so bukak2 la tenet... hahhahhah tua je la blom kerepot!!........... x kesahhhhh pong ..

Kena cucuk plak utk sebulan.. wraggggg anak nangis dulu.. seb baik x demam coz aku just sapu2 kat area cucuk ngan minyak cap kapak!!... amin .........

- Kaseh nyerrr dia -



Iklan anak2 je la  .. mr mama not in good mood.. bukan apa pun no topic nak post.. no citer nak story2 pun...

Tuesday, March 8, 2011

- Kempen BreastFeeding -

Kebetulan no idea malam ni apa menda aku nak posting.. last2 terjumpa artikel ni while ngah lepakKINGS @ SUSU IBU.

So bley la share ngan sesapa yg berminat...


Credit to : TAJAIYAH IHSAN

WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.

Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.

``Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'' ujar Dr. Jamiyah.

Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).

Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.

Dr. Jamiyah berkata, ``Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.''

Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.

Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.

Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat' pada 13 Ogos lalu.

Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.

Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.

Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:


``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.

Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.

Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.

``Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,'' ujar Dr. Jamiyah lagi.

Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.

``Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.''

Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.

Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.

Proses pengeluaran susu

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.

Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.

Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.

``Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,'' katanya lagi.

Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.

Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.

Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.

Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.

Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.

Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.


Tolak tanggapan negatif

Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.

Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.

Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.

Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.

``Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,'' ujar Dr. Jamiyah.

- Petua gaya Tidur bayi -

Credit 2 Kak Engku bidan bersalin

 Latih Gaya Tidur Bayi Dari 0 - 3 Bulan

Bayi yang baru lahir sememangnya lebih banyak menghabiskan waktunya dengan tidur, selalunya antara 14 - 18 jam sehari dan sedikit berkurangan antara 12 - 19 jam setelah berusia sebulan. Selalunya bayi akan tidur berterusan antara 2 hingga ke 4 jam sebelum bangun terutama pada minggu awal selepas dilahirkan.

Bangun tidur bayi selalunya tidak menentu namum ternyata ia mungkin membuat anda harus sedia setiap masa dan peka apabila bayi bangun samada untuk menukar lampin atau menyusukannya. Sudah tentu juga tidur malam anda akan terganggu apabila bayi banyak terjaga dan meragam pada waktu tersebut.

Apa Yang Berlaku? - Jika anda perhatikan pada bayi yang baru lahir, bayi selalunya tidur dengan kelopak matanya selalu bergerak-gerak. Keadaan tersebut sebenarnya berkait rapat dengan keperluan dan perkembangan dalam otaknya. Gaya tidur bayi peringkat awal ini tidak sama dengan orang dewasa. Dalam keadaan ini, bayi sebenarnya tidak tidur nyenyak. Kerana itu dia mudah terkejut dan terjaga apabila ada gangguan di sekelilingnya seperti bunyi bising.

Keadaan ini adalah salah satu proses perkembangan bayi dan ia tidak kekal lama, akan hilang apabila bayi semakin membesar.

Selepas Itu? - Jika pada peringkat awal, bayi banyak berjaga pada waktu malam, namum apabila usianya memasukki 6 - 8 minggu ke atas, corak tidur bayi selalunya mula berubah. Ketika ini, bayi mula banyak terjaga di siang hari dan lebih banyak tidur pada waktu malam melainkan bangun untuk menyusu apabila terasa lapar. Kali ini, bayi mula tidur nyenyak dan tidak begitu mudah terganggu seperti pada minggu terawal sebelum ini.

Bagaimana Mencorakkan Gaya Tidur Positif Pada Bayi? Berikut Panduannya.
  • Kenali Tanda Bahawa Bayi Anda Sudah Letih - Sewaktu usia bayi memasukki 6 minggu ke atas, selalunya bayi tidak akan mampu bertahan untuk berjaga lebih dari 2 jam pada satu-satu masa. Kerana itu anda harus peka dan tidak membiarkannya terus memaksa diri untuk berjaga kerana jika bayi terlalu letih, ia boleh menyukarkannya untuk tidur. Anda harus peka memperhatikan tanda-tanda bahawa bayi sudah mula letih seperti menggosok-gosok matanya, menarik telinganya atau bahagian sekitar matanya sudah mula kemerahan. Jika anda melihat tanda-tanda tersebut, bermakna anda harus menidurkan bayi anda.
  • Ajarinya Mengenali Waktu Siang Dan Malam - Mulakan untuk mengenalkan bayi perbezaan waktu siang dan malam. Apabila bayi bangun pada waktu siang, biasakan dengan suasana siang seperti biarkan cahaya luar menerangi ke dalam rumah, hindari suasana yang gelap, baisakan dengan bunyi bising seperti televisyen atau radio dan bermain bersamanya. Manakala pada waktu malam, ubah suasana menjadi sedikit gelap (jangan biarkan lampu menerangi keseluruhan ruangan biliknya), pastikan suasana sunyi dan tidak bising dan jika bayi terbangun pada tengah malam, jangan ajarnya bermain. Ini bagi membezakan waktu siang dan malam agar bayi mula mengenali bila sebenarnya waktu dia bermain dan waktu dia perlu tidur dengan nyenayk.
Cuba Biarkan Bayi Tidur Dengan Sendirinya - Pada usia 8 minggu ke atas, anda boleh mula mengajari bayi anda untuk tidur dengan sendirinya. Bagaimana? Letakkan bayi di katilnya apabila dia sudah mengantuk tetapi masih dalam keadaan berjaga. Selalunya jika sudah terlalu mengantuk, bayi akan tidur dengan sendirinya. Namum jika sudah sejak lahir anda menidurkan bayi dengan cara mendodoikannya, sudah tentu sukar untuk anda memulakan langkah ini. Tidak mengapa, mendodoikan bayi anda juga tidak salah bagi menidurkannya kerana ramai ibu berpendapat ia satu cara yang normal dan enjoy untuk melakukannya untuk si kecil anda.

- Petua tido bayi -

Credit to :  Kak Engku Bidan bersalin..

Bayi anda sukar tidur nyenyak dan tidurnya sering terganggu? Sudah tentu keadaan ini membimbangkan anda. Tahukah anda, masalah ini boleh membuat bayi kekurangan waktu tidur yang boleh menyebabkan masalah lain.

Gangguan tidur juga boleh mengganggu sistem kekebalan tubuh bayi serta pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya. Malah, kekurangan waktu tidur juga boleh memberi kesan terhada perkembangan otaknya. Ini kerana sebahagian besar pertumbuhan hormon otak bayi berlaku sewaktu dia sedang tidur.

Bayi yang kurang waktu tidur boleh mengganggu hormon yang bertugas untuk mengatur rasa lapar. Selain itu, ia juga mempengaruhi metabolisme dalam tubuh yang boleh meningkatkan risiko terhadap diabetes.

Kerana itu bayi perlu mendapatkan tidur yang cukup dan sudah tentu tidur yang nyenyak amat membantu keadaan ini selain memberi kesan positif terhadap perkembangan bayi.

Berikut beberapa sebab yang menyebabkan tidur bayi terganggu.
  • Flu Atau Batuk - Jika bayi menghidap flu atau batuk, keadaan ini akan mengganggu tidurnya. Batuk yang berulang ditambah dengan hidung yang tersumbat membuatnya sukar bernafas menyebabkan bayi tidak lena tidur dan kerap terjaga. Cuba tidurkan bayi dengan posisi kepalanya lebih tinggi daripada kaki. Sebelum tidur, berikan bayi minum air putih agar kerongkongnya lebih nyaman. Jika hidungnya tersumbat, anda boleh menyedut hidungnya menggunakan alat khas yang boleh didapati di kedai yang menjual barangan bayi. Selain itu, sapukan sedikit minyak panas di dadanya untuk membantu melegakan hidungnya dan memudahkan bayi tidur.
  • Kembung Perut - Bayi memang mudah mengalami keadaan ini terutama pada bayi yang baru lahir. Jika anda menyusukan bayi dengan susu badan, anda harus elakkan makan makanan yang boleh menghasilkan gas seperti bawang. Ini bagi mengurangkan risiko bayi anda mengalami keadaan kembung perut yang boleh mengganggu lena tidurnya.
  • Haus Dan Lapar - Apabila bayi haus atau lapar, keadaan ini juga mengganggu tidurnya. Cubalah berikan bayi makan satu jam sebelum masuk waktu tidurnya.
  • Basah - Lampin yang basah juga membuat bayi mudah terjaga. Kerana itu segeralah menggantikan lampinnya apabila basah agar tidur bayi lebih nyenyak.
  • Ruam Lampin - Keadaan ini biasa dialami bayi. Antara punca utamanya kerana sering membuang air dan kebersihan kulit yang tidak terjaga. Malah, bakteria yang terkandung dalam air kencing bayi boleh memburukkan lagi keadaan ruam tersebut. Sudah tentu ini membuat bayi tidak selesa dan tidurnya juga sering terganggu. Untuk mengatasi masalah ini, cuba ganti lampinnya yang basah sekerap mungkin. Hindari menggunakan kain basah kerana ia boleh menambahkan lagi ruam bayi anda. Keringkan bahagian yang basah dengan cara menepuk menggunakan kain kering, bukannya dengan cara menggosok. Sapukan krim pelindung sebelum memakaikan lampin dan jangan memakaikan lampin terlalu ketat. Selain itu, pilihlah lampin daripada jenis kain yang mudah menyerapkan peluh.
Banyak Bermain - Bayi jika terlalu banyak bermain akan semakin sukar untuk diajak tidur walaupun sudah sampai waktu tidurnya. Anda perlu memberi perhatian terhadap perkara ini. Jangan biarkan bayi anda terus bermain apabila waktu tidurnya sudah hampir tiba. Jika bayi kelihatan letih, menggosok mata dan sering menguap, bermakna dia sudah mengantuk dan segeralah menidurkannya.

Monday, March 7, 2011

- Atasi Ruam -

VIVAnews (Selasa, 20 April 2010, 15:03 WIB)
- Jika Anda dan pasangan memiliki riwayat alergi, jangan kaget jika buah hati mengalami eksim susu atau ruam pada kulit bayi akibat susu. Pasalnya, eksim susu dipicu oleh faktor keturunan. Orangtua yang memiliki riwayat alergi, kemungkinan anaknya mengalami eksim susu saat bayi cukup besar yaitu mencapai 80 persen.

Menurut data statistik Divisi Dermatologi Pediatrik pada 2005-2009, Departemen Ilmu Kesehatan Kulit dan Kelamin (IKKK), Fakultas Kedokteran Universitas Indonesia, eksim susu adalah salah satu gangguaan kulit yang paling sering terjadi pada bayi dan anak-anak di Indonesia.

Eksim susu ini ditandai dengan kemerahan, kulit bersisik, kering atau lecet di sekitar pipi dan leher. Mitos menyebutkan, gangguan kulit tersebut terjadi karena air susu ibu (ASI), padahal itu tidak benar.(org2 tua pun ada sebut pasal nie termasuk mak aku sdiri)

"Meskipun namanya eksim susu, penyebabnya bukanlah ASI. Kaitan terbesarnya adalah faktor keturunan orangtua yang memiliki riwayat alergi. Lalu, faktor pencetusnya yaitu kulit dalam keadaan kering, serta udara yang panas dan berdebu," kata dr. Tina Wardhani Wisesa SpKK, saat ditemui dalam acara seminar "Perlindungan Kulit Sensitif Bayi" yang diselenggarakan oleh Huggies di Jakarta, 20 April 2010.

"Penyakit ini biasanya kambuhan. Meskipun sudah sembuh tetapi beberapa hari kemudian bisa muncul kembali. Mengetahui faktor pencetusnya adalah hal yang terpenting, untuk menghindari eskim susu kembali kambuh," kata dr. Tina.

Selain menghindari faktor pencetus, ada beberapa cara yang bisa dilakukan untuk mencegah eksim susu. Yaitu, pastikan lingkungan rumah bersih dan sehat agar udara berkualitas. Mandikan si kecil dengan air yang tidak terlalu hangat. Hal itu karena air yang terlalu hangat bisa membuat kulitnya menjadi kering. Saat kondisi kulit dalam keadaan kering, cenderung lebih sensitif dan mudah sekali muncul ruam.

Oleskan juga pelembab kulit atau baby oil untuk menjaga kelembapan kulitnya. Lalu, bersihkan juga ruam yang ada di pipi dengan air bersih secara teratur. Biasanya, eksim susu akan hilang dengan sendirinya. Periksakan ke dokter jika eksim meluas ke leher, tubuh, lengan dan kaki, atau jika eksim disertai kulit basah, dan bernanah. (umi)

- Weekends di Rumah -

Rutin harian as usual.. bangun tengah malam kerja biasa since aku bf untuk si kecik nie..
Malam je la dia fully bf but day time aku sumbat ngan botol. Susu plak aku terpaksa
mix ngan FM coz tkut susu kurang n Qisya plak x besa kang lain plak citer... so aku mix mode
FM n BM.. fair la kan.. DIa merasa dedua x cam si abg dulu2.. x pe la x dak rezeki Qisya kot.

Tp perbezaan bley jelas. Dulu si Qayyim pun tembam cam adik tp alhamdulillah no rashes langsung..
Very da clean.. but di Qisya plak Ya Tuhan rashes sana sini.. penuh satu badan kalau panas
skit.. cam mana nak kuar day time ni dik?? hummm .. kusr jgak la tp dok menyangak lam keta
pekena air-cond!!.. hahaha leh ka cam 2??
stok utk pengasuh

 

Kalau dulu Qayyim fully BF susah no nak selsema, tp Qisya ni kejap2 selsema.. x teruk sampai
kena sedut la tp aku leh rasa hidung dia sumbat.. 1st teruk time sumbat sebelah n still
dalam pantang which is dia x pandai nak bernafas guna mulut.. Kelam kabut mr suami bwk p
Medi-clinic kat Sbrg Jaya(baby specialist).. sampai kena kasik gas which is dose bby la.
(based on Dr pescrip)... coz balik rumah x lena2 jgaks.. stil dok berjaga.n kejap2 merap..

Huhuhu merasa plak after 3.5 years x berjaga malam n pagi2 buta kan so la nie dah terbiasa
semula!!... nie kes yg dah lapuk, tp cam mana la org  hat dok beranak setahun sorang kan..
Sure lg penat!!... kira aku ni golongan bernasib baik la kan.. aminnn tp rezeki n amanah
Allah kenalah jg sebetul-betul-nya..

Kalau dalam tempoh berpantang bley lena syokk punya.. tp since dah habis pantang dia wat hal plak
Qisya nie.. susah sungguh nak tido siang hari.. mandi ok.. tp tido kejap2 bangun. kejap2 nangis
cam sakit2.. iskk x tahan sungguh den.. nak mandi pun dah mcm "cow boy" plak!!.. huhuh
maw x semboq ngan perfume(minyak herbanika)..hahhaha so wangilah semerbak ngan minayk panas itew..

Sabun mandi si kecik utk pg hari




itu kes mandi, belum kes nak siapkan makan minum utk si abang!!> so rutin harian n jadual terpaksa
ubah.. masak di pg hari selepas solat subuh.. wargggg .. cam nak nagis aku hr2 coz bangun awal
masak utk qayyim which is bf n lunch skali harung.. senang skit nak berulit2 ngan anak dara kecik
kalau dia bangun nanti.. dah la bangun punya awal.. susah plak nak lena siang hari... mungkin rumah
aku panas kot.. i2 yg dia x brapa nak lena btul2 kan!!.. ye la kot!!.

masuk lam buai nangis, bubuh dlm car seat ada la dalam 1/2 jam dia lena.. so tkt dia lenguh angkat
masuk buai, cerah bjik mata!!>.. warggggg bukan dia nangis, aku yg nangis!!.. dah bukak biji mata dia
cam mana aku nak wat kerja?? la nie semua kerja buat tengah2 malam after both of them tido!!

kadang2 laki aku tolong mop after aku sapu lantai.. masak?? la nie byk tapaw.. jimat gas rumah..
Bg gaji skit kat kedai2 makan area rumah nie.. hehehe

Opsss.... x dan nak wat selingan skit.. Qisya jerit2 plak.. bukan taw nangis ayu2 ka.. melalak
cam sakit2.... eeeee geget kang br tawww .....

k lah wa chow dulu aaaaaaa.........

Sunday, March 6, 2011

- Janji -

يٰۤاَيَّتُهَا النَّفۡسُ الۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!
ارۡجِعِىۡۤ اِلٰى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرۡضِيَّةً‌
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!
فَادۡخُلِىۡ فِىۡ عِبٰدِىۙ‏
Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia
وَادۡخُلِىۡ جَنَّتِى
Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!
Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30
Ya Allah, jadikan diriku, ibu ku, dan  ayahku sebagai orang yang bakal mengotakan janjimu ini. Sesungguhnya kami mengetahui bahawa janjimu itu adalah benar. Namun, berilah kekuatan kepada diriku untuk menghadapinya kerana aku hanyalah hamba mu yang kerdil ya Allah. Ameen.

Saturday, March 5, 2011

- Apa kes ? -

Semangat yg hilang ... penat + ngantuk !! ..

Semalam rushing ke penang rumah kakak coz abg ipaq pergi wta umrah.. so tinggalkan
kakak aku n anak2 kat rumah bertemankan parents.. Ikutkan akak aku nak follow skali
but awal taun cam nie mana leh mintak cuti kat GB katanya.. banyak kerja plak2
dia ngajar thun 1 yg mmg RISIKO + tambah sewel!!... ahahaha

Kalaulah au cikgu ngajar tahun 1 ntah cam mana rupe.. bley bayang x?? tidak2 ....

Even bukan cikgu cikgi pun anak aku naik cuak nie kan plak kalau.... blaa blaa ...

But flight ke penang kui 155pm ke KL terlebih dahulu so berjumpa plak ngan jemaah2 dr KL
@ KLIA ikuti group HJ Daud Che Ngah!....

Amin ... may God bless u and have a safe journey k...

n aku plak 'Frust sesangat'.. mood di awang2an...

nape?? biasalah .. penat n pk2 nak masuk kerja plak nx weeks.. fuhh malas sungguh.

Apa kes nie x masuk kerja dah malas nie?? cuti cam x ckup jee.. nak tambah leh lg x bos??

mampos kn tembak plak byk kerja menantiku... fuuuhhhhhh malas tahap dewa dah nie!!..

Tp ntah tetiba mr suami suh aku resign dok rumah jg anak!!.. n try la wat biz online apa2
yg berkenan... biz online?? hummm .... apa menda nak wat online biz?? sebelum ni
penah ada plan cam 2.. but x la sampai resign bagai...

Ikutkan mr Qayyim dulu aku jg sdiri sampai 6-7 bulan then br pass kat pengasuh. Itu yg buat
kami cam gusar sedikit nak anto si kecik ni kat owang.. biasalah naluri mak nie kan..

Risau ngan  Qisya nie.. kalau 6-7 bulan no hal sgt coz dah besar kan.. Plak2 anak dara sorang
ni cam mudah allergic sana sini.. iskk kalau kena geget nyamuk maw merah2 mcm kena cubit kuat2..
itu nyamuk.. kalau panas ruam penuh muka n naik satu badan.. adushhh ... rumah aku ni mmg "hot oven"
sooo ... ruam kejap2 naik .. kejap2 ilang.. kipas 24-7 on jeee.. x kuat mana pun.. tp ingat nak
kena pasang air-cond jgak ne.. cian plak coz penuh bawah leher dia ngan ruam2 kepanasan..

Ubat Dr dah beratus2 habis.. bedak agnesia merah sebotol besar dek kerjaan aku.. hahhaha

tepung ubi?? sebungkus dah aku dok guna since dia bby.. at last Dr suh aku guna Seba-Mil..

every cream sebamil.. so kena stop jap penggunaan johnson oil, lotion n shower cream ..

now semua cream aku guna Seba-Mil.. even mahal skit x kisah la janji ruam2 si Qisya ni ilang.

Cian dia time2 panas tengah hari dok merengek jee.. agaknya pedih kan tmnpt rashes 2.. huhuhu

maw siang2 x merap. Sampai naik pening kepala aku nie.. n ALhamdulillah time malam dia mmg lena
coz aku terpaksa letak kan dia bwh kipas bg elak kepanasan.. just berselimutkan kain lampin jee..

Mr suami pun dah setuju nak pasang air-cond even berat gaks.. Almaklumlah dia tkt penyakit
keturunan tetiba muncul.. Laki aku nie ada penyakit asma from arwah my MIL..

Itu yg buat dia x brapa nak setuju pasang air-cond tkt cepat semput cam anak buah dia..

x bley lelama dalam air-cond!!.... tp dalam mall x plak penat.. hehehe



So kali nie x dak moral of story la eiks... aku pun dah naik biul pk2 cam mana...

Tinggal lagi seminggu sebelum aku start kerja...

Wednesday, March 2, 2011

- Berasap di Sana Sini -

Penungguan berhasil coz ada 2 tech TM dok godek2 streamyx kat rumah..
As same info "ada org hack internet umah akak nie".. so??
ok now u all mention bout hack my line.. so cam mana nie? Janji kak nak line rumah ni
elok cam sebelum nie gaks.. huhuhu demand je kann.. belagak weiii!!!....

Aku bayo so we have right as "customer always betul" kan kan kan...
So aku mmg betul dahhh... ntah sapa la dok hack aku punya line nie..

Nak guna cakap aaa.. aku leh bg password wifi je kan... ye ke?? ikhlas ke nie??
Tanya dulu... so i'Allah dalam pertimbangan aku kan.. apa susah..

So masing2 leh guna. ni kalau kaw hack terus .. cam mana aku nak guna. Bukan kata WIFI semua
line off kecuali la tepon rumah.. huhuhu

Hangin sebadan!!... x pe2x...

Tp dalam depa dok godek2 net kat rumah aku sempat g masak.. wat cam mana kan.. tugas
as mak mak nie ttp kena main masak2 kat dapoq.. kalau x Qayyim nak makan pe??

geget kuku lerrrr... hehe so simple2 tuk dia...

sup ayam n macaroni.. ituje yg dia dok mintak pun hr2.. so simple sup 4 him n macaroni!!.

Qisya plak makan ape?? hehe susu cap gantung yg di pam pam leee.. seb baik stok
tuk si kenit ni dah ada lam fridge.. Ni untung kalau ada 2 pintu fridge nie..

Amin..seseolah rezeki utk Qisya minum susu badan kan instead of MF...

Harap2 aku dapat teruskan utk bf Qisya nie cam abang dia gaks..

AMin amin......

- cuti-cuti -


Boringg.. sesambil  layan sinetron “sejuta Cinta Marshanda”.. sempat gaks wat en3 nie. Boring dok rumah ke?? Tp syok coz ada putera-puteri temankan.. Nanti dah masuk kerja lg boringgg.. dah kena tinggalkan budak2 ber2 nie..cian plak kan..






Permata2 chenta aku nie x taw lah nanti cam mana.. sorang anto g school n lg sorang kena anto pengasuh. Huhuh cam sadis plaks.. x lama ja lg dah nak masuk kerja.. cepatnya cuti 2 bulan nie.. Kalau gomen dapat gaks 3mths maternity!!.... so smpt bangat la bedodoi ngan anak kcik..

Hr ni dok godek2 buku masak lg x taw nak masak apa dah nie.. huhuh mr suami dok mention “ayam je u dok masak.. dah x dak lauk lain ka??” ... hehhehe 





                                   lena jaaaa tidooo....... tp ikut moodd............

So hr nie plan nak masak udang masak tepung but ayam ttp kena masak coz 4 my lil Qayyim.. at least seketul ayam pun jdlah.. sejibik dah mcm upin n ipin plaks kan.. hr2 kna makan ayam ...


Tuesday, March 1, 2011

- Hampess .... sungguh !!! -

Eeeeeeeeeee.. kemurungan melanda!!.. apa kes plak?? x tahan suda... komplen pun banyak kali dah buat sampai tech terus call ja rumah tanya... hahahha

Aku x taw tang mana masalah ni timbul.. ntah urat mana terputus pun x taw lah!!,. hangin2 x sudah lg.. ni taip en3 ni pun berejam.. bukan panjang mana pun.. hat panjang2 jgn tanya k.. since when br leh click button SUBMIT!!...

Aku sudah berbulu bebel......... Apa punya streamyx nie... bil tiap2 bulan bayo!!... awal plak 2.. ntah tang mana x ckup aku x taw laaa.. esok kena panggei abg2 technician 2 mai tgk lg... rimassssss !!!.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...