Saturday, May 24, 2014

Our Xtvt


Assalamualaikum..dah lama x beriadah kat sini.. huhu rindu nak lepaskan segala tekanan dalam hati nie. Kasik rilex skit minda.. Actually sebelum ni selalu bawa 2Q datang lepak sini pekena dalam 2 game ka.. Selalunya we all akan ke Giant Kulim coz sana x crowded sangat cam kat Megamall Prai.. hahaha

Kena jgak ajak my suami lepak nx week.. sesaja riadah daripada lepak x dak benda nak buat kan.. kita kasik hempas bola plak.. hahaha

#fmlyxtvt
#baling2bolatpbukanpowermanapun

Friday, May 23, 2014

Collection


Koleksi tuk si anak dara.. Asal keluar mall angkut buat collection banyak2 .. nampak sangat mama suka habiskan yang bukan2 kan.. Dah banyak collection si kecik nir.. tp yang ni paling dia sayang.. al-kisahnya sbb color pink & ada mickey mouse te.. huhu tp x boleh pakai lama sbb cam x sesuai kut.. so banyak dah aku simpan.. just kadang2 bagi jgak sbb dah merayu2 nak pakai.. layankan je lah..

#Qisyacollections
#subang2pelesu
#melaram

Thursday, May 22, 2014

Kampung Lah sangat !!


Tetiba ja ada gambar batu.. hahahha terkejut kan.. Actually ni lah pic batu yang aku dok guna time dalam pantang dulu.. Ingat senang ka zaman la nie guna batu bagai kan... hahahha soooo kampunggg bak hang!!!

Nie org2 tua cakap batu utk bertungku. Almaklumlah turun temurun ni dari zman mak aku sampailah kakak2 n last not least me ..

Dah brapa generasi di situ... Org2 tua cakap bertungku is WAJIB dalam tempoh berpantang..Especially beratkan utk yang bersalin normal & operate pun je jgak. Tp yg operate tu jgn dok galak tungku area perut lak eh .. tu carik nahas namanya.. cam aku both Q normal so dah jd wajib lah kiranya proses2 lama cam nie kah.. wajib sampai 50 hari.. Panas kut batu nie.. Sesapa yang masih berpantang ngan ala2 kuno, taw lah apa feeling dok ngan mak2 kan..tersangat seksa rasanya mandi sekali,bertungku separuh hari asal celik biji mata.. huhu makan pun kena catu.. wargggg nangis koo dalam hati!!! ...


Ni plak tungki moden yang aku beli masa kat spital elok2 lepas bersalinkan Qisya.. berguna time aku kat spital sbb x kan nak guna yang batu kan.. agak2 laaa.... x salah aku beli ngan rega rm20.. siap ada charger tuk panaskan.. bolleeee la dari tak de kan... :)

Actually aku lepas bersalin dah jd normal routine akan masuk balik ward sbb anak2 sangkut dengan "jaundis" .. huhu daripada leas bersalin slok2 dok umah 2 malam, angkut plak barang2 bagai ke spital bermalam kat sana sampai kuning turun.. Kes Qisya paling teruk sbb almost sebulan ulang alik spital check kuning x brapa nak turun elok.. Yelah kalau dok tido memanjang x macam si abang. kekdahnya nanak susu 24jam..ahhahaha

Si adik paling mengujii mental we both actually sbb aku pindah randah from  Dewan bersalin muslimah ke kamunting masa tue sbb mak&pak ada sana temankana abnag sulung after wife dia meninggal.. check-in spital kamunting about 5hr 4 malam x salah aku.. then rayu2 kat Dr nak balik.. huhu teringat kat si abang Qayyim.. huhu cian plak mak aku dok kena jaga si abg tue.. abg plak dok merap x tengok adik..  gila time tue.. Dugaan kan tuk ibu2 lepas bersalin..

masing2 ada bahagian tersendiri.. susunan perjalanan daripada Allah swt.. dah tertulis since 4 bulan dalam perut ibu mengandung kan..



Wednesday, May 21, 2014

Counting for #8

Assalamualaikum ..

Macam tak percaya tahun ni dah cecah ulangtahun perkahwinan ke 8. Ber-4 sekarang dengan 2 little munchkin.. soo  swett  hahahhaha ..Poyo plak.. but ada dalam 2minggu lagi kalau pun nak wish okay.. saja amik mood dulu sbb cam x caya.. huaaahuaaa

Saja up gambar lama.. teringat time dedulu yang masih slim banyak dari skarang.. huhu



#countingthedays
#7thanniversary
#29may2014istheday

Tuesday, May 20, 2014

Early Morning

Assalamualaikum dan Selamat pagi kaum2 sahabat....

Radio pilihan aku.. Peace tersangat2 heaven dengan old song.. dah 3 series kan.. so lagu2 cam nie lah yang sesuai pun. ahakzzz . Even kat rumah kalau on astro radio or kat ofis ni mmg channel pilihan aku..

Sampaikan ofismate mmg dah taw.. Kurang skit dengan radio melayu nie..Mungkin kadang2 aku x brapa suka gaya penyampai by them.. clishe sangat kadang2.. Melalut plak ..

Oklah nak kejutkan di abang bangun siap2 g skolah.. baru nak cecah jam 6. Rutin mak2 cam nie lah kan..

jommm solat subuh dulu...

Monday, May 19, 2014

Precious : Love mak so much


Masih tersimpan gambar lama nie dalam laptop. Teringat ngan mak sangat2.. huhu sekarang ni nak balik kg pun susah coz aku cuti x tentu.Plak abang Qayyim dah masuk tahap 1 lagi susah. Kalau sblum ni balik tp weekday sbb dia just tadika..ponteng jgak..Tp dah masuk skolah problem sangat nak ponteng.. huhu

Tapi rasanya mak dah faham sangat rutin  aku coz dia pun kadang2 aku terpaksa kidnap dari kg mintak jagakan Qayyim coz aku mmg terdesaj x bley cuti time tue. huhuh Kesian sangat..

Btq tQ so much mak!!.. we love u so much..

#everydayismothersday
#missmaksomuch

Sunday, May 18, 2014

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum, sekejap sangat utk tahun 2014. I'Allah akan bertemu Ramadhan after Rejab. Now adalah kekalutan last min gantian posa.. heheheh

Finally dah clear all my hutang last year. So this year plak i'Allah..

Tersebut kisah ramadhan, blum terfikir tema tuk tahun nie.. huhuh last min cam selalu lah kut. Sebetulnya cam  x dak idea color apa tuk we all kali nie.

So masih dalam mencari color yg sesuai tuk we all..Any idea nak bantu??

#tema2014f
#berpuasabelumdahterfikirraya

Saturday, May 17, 2014

The Unsolve Mystery

Assalamualaikum..

Bercuti di rumah as today is public bersempena Wesak. Finally dapat riadah ngan anak2 n suami kat rumah. Dapat join tgok anak2 makan pagi depan mata sambil hirup nescafe panas.. pergggg  nikmat sangat.

Housework mostly all done cuma kain ja x brapa nak kering lagi. Cuaca pun not so good so abaikan dulu k..

Back to my main topic. Sesaja melayan online news while 2Q ngah lena.. Petang2 sejuk cam ni sonok la budak2 tu lena. Abaikan!!  Actually dah lama nak update pasal MH370.. Nak tulis tragedi cam x patut sbb still no actual proof nak kelaskan as tragedi.. So what i did is "mystery MH370".. That sound really good to me as no such data or aircraft yang di jumpa boleh mengaitkan kes kehilangan kapal terbang nie..

Heboh satu dunia kehilangan dari rada since 8/3/2014.This flight supposed mendarat ni Beijing about 7am (if x salah) but then hilang dari radar semasa dalam perjalanan kesana. Last dikesan pun ditengah2n laut antara malaysian radar ke Vietnamese radar.. Donno la which is tepat since banyak sangat data aku jumpa dalam cikgu google nie. So sad bila mention as mystery coz the family fo sure put on hope their family members will cming back safely.. Kalau aku pun sure meroyan dengan tak taw hujung pangkal.. And no latest and update news from pihak berwajib. Kalau aku guna cikgu google macam2 aku jumpa pasal MH370 nie.. Sama banyak data yang aku besa terima thru whatapps.. But dah 2 bln lebih still no actual proof!!!

Last time our PM buat announcement that MH370 is ended kat Lautan India. Sampai melelh air mata tgok most of wartawan nangis.. But still no evidence. Yang heran bermacam2 teknologi digunakan. hanya Allah swt yang Maha Mengetahui the truth.. Moga dilindungi kesemua anak kapal dan penumpang2..

Pray for their safety. Aku masih kuat menyatakan mereka ni masih hidup cuma "?". as aku dah mention 'mystery' ..

#PrayforMH370
#Plscomehome
#Fightforyourownlife
#stillwaiting

Friday, May 16, 2014

NeverEnding Story

Assalamualaikum buat semua ...

Kekadang terasa rumah macam pejabat coz ada kerja tertunggak bawa balik. And ofis of coz ofis lah dengan kerja x pernah habis.. huhuhu tu yang aku tempek NeverEnding Story due to hal2 cam nie dah selalu sangat berlaku. Ntah bila masa nak Stop Story bout this..

Satu tahap minda dan badan tersangat2 letih. Balik rumah, terasa sooooo peace bila tgok anak2 dah siap berjemput & makanan dah tersedia. Ya Allah tQ so much for this lovely family yang buat aku touching sangat2.. Tq mr suami coz banyak amik alih my daily task since aku kena kerja sabtu & ahad even tiada tutorial. So disanalah aku sehingga petang. dan kadang2 berlanjutan sampai ke malam coz kelas + xtvt marketing... so bad mama!!!! Itu yang most of the time will blame myself kalau anythings happnd.. 

My Life seems never stop and will move on like this till i make it stop..

Ya Allah .. i am not strong enough... terima kasih buat mr suami di atas pengorbanan selama nie. tQ for everythings.

Thursday, May 15, 2014

Cuti Ganti

Assalamualaikum.. 

Pejam celik Pejak celik dah beberapa hari di bulan Rejab kan. Menghampiri ramadhan i'Allah. So today puasa but x taw menu apa tuk berbuka nanti..Sebab sorang2 puasa ginilah.. Tadi masak simple tuk mr suami & Qisya lunch.. mr suami plak shift malam minggu nie.. lagi lah mama nie malas nak masak..

Opsss lupa.. hari ni cuti ganti, so x dak kemana2 just lepak kat rumah ja. Gnilah rutin kami cuti ganti ntah jatuh tak tentu.. mmg lompat lah cuti.. x merasa sangat nak cuti rapat2. Tak apalah, kalau dah namanya teamwork kadang2 kn korban jgak kan tuk kawan2..

Cukup sekadar berbuka ngan anak2 kat rumah. Just buat spagethi goreng (Qisya call it magi) .. hahahaha 
nasi wajib takut tetiba anak dara ni mintak plak tengah malam karang.. lagi haru nak msak nasi lewat2 nanti. Just 1 pot tuk standy..

So hari ni masa panjang just kat rumah. kemas apa yang patut.. Siap silentkan handphone (bley gitu) ..



Saja nak manjakan diri kat rumah dengan anak2 n suami. Tp si abg kat sekolah n transkit. Petang skit baru pick-up.

k lah nak rehatkan mata jap.. 

My Baby Girl


My little baby Qisya.. kejap ja masa berlalu..dah 3 tahun this year. Macam2 perangai anak dara kecik nie. Dengan cakap non-stop (gamaknya mmg copy paste mama) .. akal pun banyak nie. Ada ja menjawap kalau kena marah. Sampaikan abang Qayyim pun malas nak layan.. ehhehehe soooo photocopy!!! 

Sampai satu tahap aku x bley nak marah coz tahan gelak.. kahakhakah

#mysoul #myeverythings #mylife #mynyawas
#nurQisyaTaqiyyah

 
 

Wednesday, May 14, 2014

Daily Routine


Seorang housewife routine .. Even working mummy will do the same after anak2 lena kan. That is circle of life tuk semua yang bergelar #wanita. atau rata2nya ada jgak mr papa or mr suami yang membantu half of it.. So you such a lucky person in the world.. Happy mother's Day to all #wanita and  #mymmy out there..

#harihariadalahhariibu
#suchablessed


Tuesday, May 13, 2014

My Story



Makin sihat bersama-sama.. huhu Terserlah betapa tembunnya aku sekarang nie.. adeeei asyik makan jeee.. asal keluar makan , asal x keluar pun tetap makan..

Tak mampu nak menolah makanan depan mata ginilah jadinya.. uuhuhh

Dugaaan betul dengan situasi cam nie...  habis baju dah mcam "sarung nangka"...

Monday, May 12, 2014

Admitted

Assalamualaikum..

Dear frenz now  berkampung sekejap di Hospitak Kulim. My sis kena warded sbb anemia. Dah 2 pain darah masuk selang seli ngan air.. huhuhu Seb baik anak2 semua dah besar so no worry sangat bout that. kebetulan cuti plak.. so lepak jap tgok org sakit sambil makan2... hehehhe

So doakan moga kesihatan my sis cepat recover and dapat balik rmah soon.

2nd time hupdate blog guna mobiles.. so kali ni entry fresh from Hospital Kulim..

Thanks n hope see ya again...

Senja


View from my home sweet home.. Dikala matahari akan berselindung. Cukup sudah rutin harian en matahari, dimana permulaan bagi en bulan untuk menerangi sekelian alam ciptaan Yang Maha Kuasa. Mereka pun seseolah bekerja cukup masa akan hilang, berjumpa semula nx day i'Allah..

Betapa indahnya ciptaan Ilahi.. Anugerah terindah dapat melihat kejadian alam...

Sunday, May 11, 2014

2Q


Assalamualaikum..

Terasa bertuah dengan kurniaan Allah swt. Alhamdulillah dengan kehadiran dan penyeri dikala mama sedih + stress.. Bertuah dengan adanya kehadiran Qayyim & Qisya beside me always. Abang Qayyim dah masuk tahap 1 and Qisya 3 tahun masih di rumah pengasuh kesayangan dia. kadang2 bila aku sdiri tgok lelama, dah macam klon mama&papa.. heheh abang lebih iras papanya dan adik plak lebih iras mama.. Sampai kadang2 bila tgok anak2 lena, mr suami slalu cakap, tgok tu "naimah dok lena lagi..." hahahahahah

Merekalah harta kami..

#nurQisyaTaqiyyah
#muhammadQayyimHaris
#mynyawas #myeverythings #mysoul #mylife

Thursday, May 8, 2014

Sakit Mata

Assalamualaikum ...

Rasa cam nak mc pun ada. Tapi banyak plak urusan kat ofis tue. huhuhu ..

Bertambah berat bila mata kanan ni merah-merah & pedih. Dah jumpa Dr semalam siap dapat mc tuk hari ni. tapi risaw jgak x ckup kaki tangan so aku gagahkan jua masuk ofis.

Kebetulan esok friday my replacement leave. Tu yang jadi malas nak apply rekod mc.. huhu selagi mampu ikut je lah. Lately agak sibuk dengan pendaftaran senior dan juga new std..





Baru lepas pakai Eye Glo.. hopefully cepat2 lah hilangkan sakit2 nie..

Dugaan betul sbb tak brapa serasi penggunan spek time kerja.. huhuhu

p/s :  Setiap penyakit itu penghapus dosa.



Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Terharu membaca satu blog dari facebook link The Destiny. Sedih dan sayu membaca di pagi Khamis nie. Ya Allah berat dugaan buat kedua ibu bapanya. Itulah pari-pari syurga ya. Anak ini milik Allah.

mengalir air mataku seketika membaca. Pergerakan tetikus selaju air mataku jua. Moga ibu & ayahnya kuat dengan Dugaan ni. Dugaan dari Allah buat hamba yang terpilih. I'Allah syurga menunggu buat si kecik ini..

Innalillahi wa'inna ilaihi raaji'un.
Sesungguhnya kami semua milik Allah, dan kepada Engkaulah kami akan dikembalikan.
Dan sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat kembali.


Wednesday, May 7, 2014

Anak Perempuan punya kisah


Ini lah anak dara aku. Dah 3 tahun si kecik nie. Kekdahnya masih kecik bagi aku coz setakat ni dok gomol2 yg nie lah dulu kuttt.. hahahha

Actually ramai tegur rambut dia nie.. ori @ aku tampal2 color.hehe rasanya aku masih waras x kan menghalalkan apa yang haram. i'Allah setakat ni inilah rambut Qisya dari kecik. X dak masanya aku nak tampal2 color. So masih original hair... :)

Tuesday, May 6, 2014

Cheeky kids in da' House


Love them so much!! 



 

Monday, May 5, 2014

Exam 2014 : Penggal Pertama

Assalamualaikum ..

Cepatnya masa berlalu. It's may 14. Dah separuh tahun. Alhamdulillah masih dberi ruang waktu n masa oleh Maha Pencipta untuk bernafas di ruang pinjaman ini.

Back to main topic, today 05/05/2014 first day exam tuk tahun ni buat Abang Qayyim. wish u all the best. Mama doakan agar abang dapat menjawap dengan elok demi ur own future k. Bak kata pepatah melentur buluh from rebungnya. The exams will be the whole week till 9/5/14...
so mama hope u did best and my Doa' is always for u my lil young boy!!!

Tahun ni tahap 1 mencapai sehingga 7 kelas asalnya tetapi dikurangkan ke 6 kelas sahaja. Sendiri bayangkan betapa ramai berebut nak daftar anak ke SK Pauh Jaya. mencabar minda aku as parents juga coz PIBG skolah ni strong.

Tp aku first year anak masuk skolah, first jgak x dapat attd PIBG meeting coz bekerja. Apa kan daya just riki ngan parents2 lain jak. Apa pun banyak info dapat. Alhamdulillah guru kelas pun banyak membantu @ erti kata lain , aku 'whatapps' pun dia masih membalas. Alhamdulillah terpaksa minta no phone guru kelas sbb x sempat nak terjah selalu ke sekolah. So just gunakan teknologi.

But usually occasion lain2 biasanya my suami yg attd on behalf sbb aku dah sah2 sabtu & ahad di ofis. Alhamdulillah punyai mr suami yg masih penyabar dengan kerja hakiki bini.-> abaikan ayat ini jika tidak berkenaan.

 



Sunday, May 4, 2014

Lost

Assalamualaikum ..

This will be last week aku dapat berfoya-foya dan gossips ngan ofismate nie.. Will miss her damn much. Last tuesday we all adakan skit makan-makan bersempena dengan minggu terakhir she's with all of us. Dia masuk oum same date&same time ngan aku. So most of the things aku banyak share ngan dia.

Dah bersama bekerja and sometimes sebilik juga bila ada cor kat kl since 01/07/2008. Bayangkan daripada she is single n now dah beranak satu. But hanya di ofis lah. Aku x  hangout bersama2 kawan lain selain dari en suami&family & budak2 ofis (hanya waktu attd cor kat dimana2 location).. Since ada anak ni prefer to be like as i am.. All those is my past. So just move on as my current status.. Happy with that okay. 

Opss... this sunday 4/5 is her last day with us in Penang. Pray the best for her as young "entrepreneur".
Hopefully lepas ni pakai  BMW jgn lupakan kawan2 kat oum nie.. Menitis jgak air mata aku finally.. but will hide it from her. Aku dah anggap dia cam adik sdiri. Dah macam sebati ngan kerja aku. Sbb aku dah biasa kalau AL banyak pass kat dia. So afterwards kena buat sdiri la kut.. hehhe

Btw ... pray for u my dear. Hopefully you will success out there. Forget me not okay. Take Care

#willmissmakcikizadammmnmuch
#lastdaymomentstoshare
#goodluck
#allthebest4u
#rememberingizaamongsus


Saturday, May 3, 2014

Friday, May 2, 2014

Bahagia Bersama




#mynyawas #forever #mysoul #mylife #myhappiness #myeverythings #QayyimHaris #QisyaTaQiyyah

Re-Lunch @ re-opening

Assalamualaikum

Fuhhh .. berhabuk sudaaa blog gua.. Baru teringat aku pun ada own blog.. hahahhaha berbulan lamanya membz kan diri ngan kerja n family.. Finally today sempat jugak update.

But today as "re-opening" so kasik tampal image je lah eh..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...